Mungkin kelibat pelakon Syed Ali sudah agak tidak lama kelihatan dikaca televisyen, sekaligus membuatkan ramai yang pasti merinduinya.
Menjawab persoalan ramai, Syed telah memuat naik status di akaun Instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Syed Ali (@syedalitarmohd) on
“Rezeki ada kat mana2 je. yang penting kena rajin dan usaha. orang nak cakap apa pun cakaplah.. eh! biness best kot.. duit hari2 masuk! ko ada? produk #pakk_syed dah satu malaysia kot.. ko je yang tak try pakai.. pastu tahu kecam je.. Oh lupa.. keja mengecam orang pun dapat duit gak kan??.. dibayar untuk mengecam.. masyukkk!!..,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Syed yang popular dengan drama Cikgu Gengster itu kini telah membuka perniagaannya sendiri.
Menerusi ruangan komen pula, ada yang bersedih dan merindui lakonan hebat anak jati negeri Kedah itu.
Foto: IG Syed Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadiya Nisaa Susah Nak ‘Lepaskan’ Sharifah Amani; “Sebab Dah Biasa Dia Selalu…”
Pelakon Nadiya Nisaa tumpang gembira apabila sahabat baiknya, aktres Sharifah Amani kini sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir pada Sabtu lalu.
Mengakui sukar untuk ‘melepaskan’ kawan rapatnya itu, Nadiya, 37, berkata Amani merupakan antara rakan yang sentiasa mengambil berat tentang orang lain selain sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya berada selesa dan gembira.
“Semoga kekal abadi, tumpang gembira buat sahabat tercinta, Sharifah Amani.
“Sejujurnya susah nak lepaskan Nani (Amani) sebenarnya sebab kami (kawan-kawan baik) dah biasa dia selalu ambil berat tentang orang, sentiasa pastikan semua orang gembira, selesa dan dia tahu apa yang kami perlukan.
“Sekarang dia dah ada orang yang akan jaga dia pula sampai bila-bila. Alhamdulillah.
“Love you Nani & Med,” tulis Nadiya.
Selain Nadiya, majlis resepsi yang diadakan di The Estate, Kuala Lumpur pada malam Sabtu itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan baik Amani yang lain seperti Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharmaine Othman.
Amani, 36, yang merupakan anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar selamat diijabkabulkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada pagi Sabtu lalu.
Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadiya Nisaa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tuah Fasha Sandha! 220,000 Tudung Rosalinda ‘Licin’ Terjual – “Drama & Watak Yang Pernah Bertakhta Di Hati Ramai…”
Percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajah bintang jelita Fasha Sandha menerusi kempen terbaharu mereka dipanggil Rosalinda dilihat ‘menjadi’.
Ini terbukti apabila lebih 220,000 helai cetakan tudung edisi terhad mengambil nama kempen cetusan inspirasi drama telenovela Rosalinda sekitar tahun 1999 lakonan artis Mexico, Thalia itu habis terjual sejak dilancarkan 17 Mei lalu.
Untuk rekod, tudung Leeyanarahman sejak dilancarkan belum sampai setahun lalu telah pun terjual sebanyak 1,320,000 helai.
Bagi kempen selama dua bulan menggunakan Fasha itu, ia menjadi usaha kali kelima pihak jenama tudung berkenaan menggunakan artis dan pempengaruh.
Terdahulu, jenama berkenaan pernah menggunakan Ummi Nazeera, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Sophia Albarakbah dan Farah Nabilah.
Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihaknya bersyukur kerana resipi menggunakan material premium cotton voile sedari dulu dengan harga RM29 sahaja terus digilai ramai.
“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.
“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu menjadi apabila kami melamar pelbagai artis wanita berpengaruh untuk menjadi muse.
“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini menepati keinginan kami menjadi wakilan dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu lebih dua dekad lalu.
“Tak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” katanya.
Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan kali ini menampilkan 20 rekaan.
“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.
“Antara 20 koleksi rekaan itu kami namakan Thalia, Peony, Miamor, Mawar, Amaryllis, Catalina, Bonita dan Lily. Sekarang kami turut sibuk pula dengan koleksi Aidiladha Series seperti gabungan kaftan dan kurung yang dipanggil Aspalela,” katanya lagi.
Sementara itu, Fasha turut terharu dan bersyukur atas amanah yang telah diberikan jenama tudung terkenal itu kepadanya.
“Kalau Thalia menjadi Rosalinda sering terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz itu mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012. Ternyata populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan harga mampu milik.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.
Sempat ditanya mengenai rahsia langsing, Fasha mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang.
Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira itu berjaya menurunkan lebih 10 kilogram.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya melantak.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lana Nodin Tegur… “Datang Sambil Lewa, Mahu Cepat Habiskan Skrip Sahaja Macam Mana?”
Pelakon Lana Nodin berpendapat, setiap pelakon diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesebuah naskhah dengan baik dan harus memahami skrip supaya lakonan mampu memberi impak besar buat penonton.
Dia seterusnya turut menegur sikap segelintir pelakon baharu yang bekerja dengan sambil lewa seolah-olah hanya mahu menghabiskan skrip sahaja.
“Dulu saya selalu dikecam seksi masa zaman-zaman cerita Rempit. Itu saya hanya melakonkan watak.
“Bila kita diberikan sesuatu naskhah itu kita kena lakukan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita kena juga ikut berlandaskan garis panduan yang sudah diberikan.
“Bagi saya anda diberi watak, baca dulu skrip. Kalau rasa boleh bawa watak itu buat, kalau rasa tak boleh buat jangan buat. Kalau takut kena kecam jangan buat.
“Kalau saya dapat watak jahat, orang nak ludah ke orang nak marah saya dekat luar ke itu kepuasan saya sebab dapat menghidupkan watak. Maknanya saya dah nailed this job,” katanya.
Lana ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan pelancaran acara Starvendors Kedah Raya Fest 2022, baru-baru ini.
Tambah Lana lagi selain lakonan, pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan watak dimainkan juga penting dalam menghidupkan karakter.
“Pakaian juga sama, ada sesetengah produksi yang pilih baju, bukan apa, salah artis juga, kadang mereka ini asyik ulang baju yang sama.
“Spend la sedikit atau minta dengan produksi carikan baju wardrobe, cari yang sesuai. Benda seperti ini boleh berbincang bukan tak boleh.
“Macam saya, untuk yang akan datang ini saya akan membawakan watak sebagai founder kosmetik yang over, jadi sudah pasti baju kena over.
“Jadi saya cakap dengan produksi saya nak tempah baju sebab saya tak selesa pakai baju sponsor kerana badan saya kecil, susah nak pakai, nanti tidak kena dengan cita rasa saya.
“Saya nak rasa selesa bila berlakon dan produksi pun tahu hal tersebut. Jadi mereka berikan bajet dan saya buat sendiri. Puas hati.
“Jadi bila kita berlakon rasa confident. Bila penampilan okay kita jadi yakin untuk melontarkan dialog dan karakter. Barulah nampak hidup.
“Ini kalau datang sambil lewa hanya untuk habiskan skrip sahaja, macam mana. Banyak pelakon baru sekarang ini sekadar hanya mahu cepat habiskan skrip sahaja.
“Nak job sahaja sampai dah tak ada kualiti, cerita yang sepatutnya ada kualiti buat orang macam dah malas nak tonton. Baik tengok cerita Korea lagi bagus. Begitulah perumpaannya,” jelasnya lagi.
Terdahulu selain Lana, pelakon Histeria The Series iaitu Liyana Jasmay sebelum ini pernah mengakui agak sukar untuk mencari pelapis yang benar-benar mampu menjiwai watak dan skrip diberikan dengan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI