Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime yang baru sahaja bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh menyifatkan gelaran ‘Datin’ yang dibawa bukanlah suatu hal yang mudah.

Menurut Atikah, dia menghormati ‘pangkat’ tersebut sekaligus optimis untuk membawa gelaran Datin seiring dengan perkara positif yang boleh dilakukan.

“Bagi saya title Datin itu merupakan satu gelaran yang sangat saya hormati. Mungkin diri saya masih banyak lagi kekurangan untuk memegang gelaran tersebut sebenarnya.

“Malah untuk seseorang individu itu mendapat gelaran Datuk pun bukanlah sesuatu yang mudah.  Jadi pada saya, suami telah melakukan yang terbaik bersama gelaran yang diberikan,” katanya.

Atikah berkongsi perkara itu menerusi temubual bersama TikTok Majalah Nona yang kembali dikongsikan di ruangan Instagram.

Ads

Ads

“Ya, saya sudah ada ‘title’ itu, tetapi saya kena melakukan sesuatu kepada masyarakat misalnya, sebagaimana yang telah dilakukan suami. Sekarang ini, adalah tanggungjawab dan peluang saya untuk buat perkara sama.

“Malah situasi itu membuatkan saya terfikir… Oh, saya perlu menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.

Ads

“Mungkin daripada segi perniagaan (Zaitun) di mana kami mengeluarkan prduk yang berkualiti tinggi, tetapi dengan harga yang mampu milik. Supaya orang Muslim khususnya boleh menggunakannya.

“Jadi pada saya, itulah salah satu cara yang boleh kita berikan balik kepada masyarakat,” katanya lagi.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 kali tontonan disusuli dengan pelbagai komen baik yang ditinggalkan warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI