Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.

Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu rselindung. Sebelum ini, kes perceraian kami masih berjalan, jadi saya tidak berani untuk berkongsi kepada peminat dan rakan media.

“Jadi sekarang barulah saya boleh jelaskan mengenai status sekarang. Ya, kami bercerai tahun lalu, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran serum bibir berwarna, SKANDARL Beauty di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Bintang asal Brunei itu turut menjelaskan, mereka juga sebenarnya sudah tidak tinggal sebumbung sejak pertengahan tahun 2022.

Ads

Enggan Aibkan Mana-Mana Pihak

Mengulas mengenai keputusannya dalam merahsiakan perkara tersebut sebelum ini, Nina berkata ia dilakukan demi menjaga maruah kedua-dua belah pihak serta sensitiviti keluarga.

“Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheboh-hebohkan kerana saya mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak selain menjaga sensitiviti keluarga.

“Malah sebelum ini ada wartawan bertanya mengenai perkara sama namun saya belum boleh beritahu perkara sebenar kerana ketika itu perceraian masih belum rasmi,” ujarnya lagi.

Ads

“Ya, Saya Sudah Bergelar Janda” – Nina Iskandar Akui Sudah Bercerai Sejak Tahun Lalu “Ya, Saya Sudah Bergelar Janda” – Nina Iskandar Akui Sudah Bercerai Sejak Tahun Lalu “Ya, Saya Sudah Bergelar Janda” – Nina Iskandar Akui Sudah Bercerai Sejak Tahun Lalu

Anak Jadi Keutamaan

Sementara itu, pelakon drama Andainya Takdir ini meluahkan rasa syukur kerana anak tunggal mereka, Aaryan Ar-Rizqin, memahami keadaan yang berlaku.

“Alhamdulillah anak saya mengerti keadaan kami walaupun usianya baru 5 tahun.

Ads

“Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizqin bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan di antara anak dan ayah.

“Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video. Saya juga ada bawa dia ke Johor untuk berjumpa dengan bekas suaminya dan keluarga bekas mentua,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Nina bertemu jodoh dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adznan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaryan Ar-Rizqin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI