Pelakon Elfira Loy memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia melalui fasa berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, 1 Oktober lalu.
Khabar gembira tersebut telah dikongsi oleh Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy menerusia akaun Instagram miliknya.
Malah, Elfira juga berkongsi rasa gembira untuk menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala.
“Assalamualaikum semua , today is the last day of my mom’s confinement. Yahoooo! I can go out already . @muhamadrayyankhalafofficial,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan bayi lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalah Di Sabak Bernam, Eizlan Yusof Tak Ambil Hati; “Terima Kasih…”
“Saya tak ‘ambil hati’, walau pun gagal di Sabak Bernam.”
Demikian kata Dato Sri Eizlan Yusof, 51, yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bertanding di P.092, Eizlan tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salan yang meraih 17,973 undi sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Warga Sabak Bernam sudah pun membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
“Saya sudah berusaha dengan kapasiti yang ada dan sangat menghormati keputusan dibuat mereka,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada warga Sabak Bernam atas layanan yang cukup sempurna, selesa dan harmoni walau pun berbeza parti politik dan pendapat selama dua minggu ‘berkampung’ di sini.
Eizlan pada masa sama turut menitipkan pesan kepada wakil rakyat yang telah dipilih agar jangan sia-siakan kepercayaan diberikan mereka kerana ini adalah peluang untuk mereka bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hana Ismail Tertarik Peribadi Lemah Lembut Da’i Syed; “Jatuh Hati Cara Dia Jaga & Gembirakan Ibunya.”
Keperibadian lemah lembut yang dimiliki pendakwah selebriti, Da’i Syed merupakan antara kriteria yang membuatkan personaliti TV Al-Hijrah, Hana Ismail terbuka hati untuk menerima kehadiran jejaka itu sebagai bakal suaminya.
Menurut Hana atau nama sebenar, Nurulhana Ismail, 36, pengetahuan tunangnya itu dalam bidang agama Islam turut menjadi antara faktor-faktor yang menyebabkannya tertarik kepada Syed, 27.
“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT.
“Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya.
“Dalam masa sama, Syed sangat memuliakan ulama dan sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa.
“Paling utama, saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.
Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru pada 23 Oktober lalu.
Berkongsi lanjut mengenai perkenalan mereka, Hana berkata pelakon Datin Seri Umie Aida merupakan individu yang bertanggungjawab ‘menyatukan’ mereka berdua ketika sama-sama menghadiri majlis ilmu agama di kediaman aktres itu pada awal Oktober lalu.
“Sesi (taaruf) berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran.
“Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya lagi.
Bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, Hana memohon doakan yang terbaik untuk majlis pernikahan mereka nanti.
“Saya mohon doa terbaik daripada semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. InsyaAllah, saya akan uar-uarkan nanti… doakan kami,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang Yang Komen Tu, Mereka Tak Minum Pun,” – Tya Ariffin Terasa Bila Ada Beri Respon Jelik Pada Jamu Keluarannya
“Mengarut je (saja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit.”
Itu antara komen yabg ditinggalkan pengguna di aplikasi TikTok menerusi hantaran video dimuat naik pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga meski selepas bersalin anak kedua.
Menerusi video tersebut, Tya, 28, atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari mendedahkan, ia berkat amalan turun temurun dengan mengamalkan pengambilan jamu termasuk produk diusahakan, jamu Mutyara.
Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.
“Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa. Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah.
“Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan di TikTok dan Instagram. Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak.
“Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita. Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamu dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.
Cuma, Tya akui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.
“Saya sedih baca komen itu yang mempertikaikan dan cakap jamu tak bagus. Kadang mereka yang komen tu, mereka tak minum pun jamu Mutyara. Seperti yang semua tahu, jamu ini dibuat bukan suka-suka, tapi sebab pengalaman saya sendiri.
“Saya buat Mutyara untuk wanita, sebab macam saya, saya seorang isteri nak urus anak, selebriti dan menguruskan banyak perkara. Sama juga macam wanita lain yang sebenarnya ramai tak tahu tanggungjawab wanita sangat besar, nak kena bangun awal, tidur lambat, uruskan anak, uruskan pekerjaan, bisnes, semua ini perlukan tenaga fizikal dan emosi.
“Bagi saya ini adalah sesuatu yang saya perlu berikan dan sokong wanita. Wanita ini selalu ada masalah penat, lelah, letih dan lesu. Jadi kita sangat perlukan tenaga, jika tak ada macam mana nak uruskan semua komitmen dalam kehidupan seharian kita? Adakah saya salah buat semua ini? Adakah salah nak bantu wanita dapat tenaga lebih? Ini lah sebenarnya perjuangan saya. Saya sedih kalau masih ada orang yang bersikap negatif dan tetap nak nampak perkara ini tak bagus. Mentaliti yang saling menjatuhkan,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen di TikTok, ramai juga yang turut berkongsi keberkesanan Mutyara. Antaranya;
“@Missanisali:Alhamdulillah..dengan Mutyara ni banyak membantu sis memberi tenaga tambahan kepada mak 6 ni…tenaga dapat, sihat dan cantik pun dapat juga,” kata seorang pengguna.
“@AzlinaAziz_11:Macam saya sendiri kalau dulu badan asik sejuk2 je.. minum jamu Mutyara ni terus badan kluar berpeluh..yg paling best bertenaga sgt,” kata seorang lagi pengguna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI