“Yakin Bila Membantu, Esok Lusa Kalau Saya Dalam Kesusahan Orang Lain Akan Bantu Saya,” – Aliff Syukri Terus Berbagi Rezeki Meski Akui Bisnes Tak Berapa Okay

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi rakaman yang merakamkan dia bersama pasukannya sedang membantu menghulurkan bantuan buat petugas perubatan di sebuah hospital.

Menerusi potongan video yang boleh ditonton versi pernuhnya di saluran YouTube ahli perniagaan itu, Aliff pada masa sama turut mengakui jualan bisnesnya turut mengalami penurunan atas krisis yang melanda negara kini.

Aliff bagaimanapun reda dan menyifatkan ia sebagai satu takdir yang perlu ditempuhi.

“Secara Jujurnya saya juga mengalami kejatuhan sale yang mendadak dalam perniagaan dan kerugian, tetapi saya menganggap ini sebagai satu takdir yang perlu saya lalui.

“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada tanpa bantuan sesiapa hasil duit bisnes.

“Saya yakin juga bila saya membantu ini esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali amin-amin yarobalalamin,” tulisnya pada entri kapsyen di Instagram.

Aliff juga turut mengumumkan akan terus memberikan sumbangan buat mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.. (lagu latar agama kedaiman),” akhirinya.

Sehingga kini, posting video tersebut sudah pun ditonton hampir 200,000 kali di Instagram dan lebih 90,000 kali di YouTube.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
MH