Biarpun anaknya, Aisy Mateen kini dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam panas, hos Yana Samsudin mengakui jadual kerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan anaknya di bawah pengawasan pihak hospital seketika.
Bagaimanapun, meski sedih terpaksa ‘berpisah’ dengan anak sekejap namun dia terpaksa bagi melengkapkan mesyuarat.
“Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting. Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni kanak kanak riang ceria tapi now sugul je.
“Lagi pun sebab mateen dah kat hospital tak rasa lah akan jadi apa apa sebab siang nya demam dah kebah. Rupanya malam semalam demam datang lagi.
“Now kami dari JB nak ke Hospital Batu Pahat, hantar adik lepas tu terus ke Kuala Lumpur kerana esok Jumaat pagi yana ada Live kat TV9 , 10pagi untuk program #WowCantikBersamaYanaSamsudin .
“Esok jangan lupa tengok ya. ye lah kalau yana takda takda lah rancangan tu nama “bersama YanaSamsudin kan? ” kena lah ada,” tulisnya.
Pada masa sama, atas kesibukan kerja menyebabkan pengacara ini mengalami pendarahan sehingga menjejaskan kesihatan.
“Dalam busy busy ni pula saya yang dah tak datang bulan dah hampir 4 bulan pun tetiba hari ni bleeding. Sakit dan penatnya Ya Allah. Rasa nak tidur aja.
“Apa pun mohon semua doakan anak saya sihat seperti sedia kala. Tak berat beban kami berbanding yang lain. Cuma nak berkongsi rasa dan ingatan kepada semua.
“Kalau anak demam tu jangan ambik ringan! Ingat 4 jam sekali ubat minum sirap tu jangan putus.
“Terima kasih Doktor Soon Chong Chye , staff nurse hospital Pantai Batu Pahat yang tolong jaga mateen dan Doktor dan staff Nurse kat klinik kesihatan Yong Peng lupa nak tanya nama.. sebab kelam kabut masa tu.. dan ramai lagi lah.
“Terima kasih juga kerana mendoakan kesihatan mateen,” kongsi Yana panjang lebar.
Pelakon Aku Masih Dara ini turut menjawab persoalan netizen mengenai kesan lebam di mata Mateen.
“Owh ya ada yang tanya kenapa mata mateen. Mata dia terhantuk vacum. tu lebam hijau hijau dah nak hilang.
#MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai”
Dalam sibuk berkejar menyempurnakan tugasan dan kesihatan anak, ibu juga harus menjaga kesihatan diri.
Foto : Instagram Yana Samsudin