Hiburan

Yana Samsudin Dedah ‘Rahsia’ Naikkan Seri Wajah, Elak Nampak Tua Sebelum Usia?

Share

Yana Samsudin Dedahkan, Muka Akan Jadi Kusam ‘Hilang Seri’ Jika Lakukan Perkara Ini!

Memiliki kulit yang kusam bukan sahaja membuatkan anda nampak lebih berusia dari umur sebenar anda, malah ia juga menghilangkan aura seri wajah. Kesannya, wajah anda nampak tidak bermaya dan pucat!

Justeru, MH berkesempatan menemui pelakon jelita, Yana Samsudin untuk bertanyakan apakah amalan yang dilakukan Yana, agar kulit wajahnya sentiasa kelihatan ‘glowing’ dan berseri.

Jelas Yana, selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, dia mengelakkan diri daripada melakukan satu perkara ini!

Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin

Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?

Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.

Tambahnya, fungsi solekan sememangnya bertujuan untuk menaikkan seri wajah, tetapi jika kerapkali dilakukan seri wajah akan hilang jika anda tidak lagi ‘rajin’ untuk mengenakan solekan.

“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).

“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.

WAJIB Tanggalkan Solekan Sepenuhnya Jika Enggan Kulit ‘Breakout’

Selain itu, Yana juga mengingatkan para wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.

Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.

“Bila anda make up, anda mesti remove make-up tu bersih-bersih.

“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.

Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Yana tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Yana Samsudin

Published by
Haifa Nasir