Pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Yana telah berkongsi foto wajah serta nama anak keduanya, hari ini.
Bayi yang diberi nama Aura Aisy Sofea itu telah dilahirkan pada pada November lalu.
“Assalamualaikum semua.. good morning Memperkenalkan anak kedua ABC… baby Gaming @AuraAisySofea huhu Nurblackpink nama pemberian @AisyMateen tu KIV dulu eh, yang pastinya selagi tak daftar lagi macam-macam boleh jadi dengan nama baby ni hahahaha!
“Huhu tapi belum daftar nama lagi. Korang tau kenapa? Slot JPN Selangor full sampai tengah Februari nak ingatkan korang yang baru dapat baby atau nak lahir baby kena buat temujanji JPN awal2 tau, ikut lokasi dan tarikh siap siap hihi.
#SofeaDanMommy #MateenDanMommy #MateenDanSofea
#SofeaDanMateen
#SiapaDisebalikTopeng
#TheMaskSingerMalaysia,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah bayi perempuannya itu.
Sekadar informasi, Yana dan Fadzil telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama, Aisy Mateen yang kini baru memasuki usia empat tahun.
Foto: Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Dalam Sejarah: Takhta Dewi Remaja 18/19 Ditarik, Haneesya Hanee Profesional & Terima Hati Terbuka
Haneesya Hanee, ditarik gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/19, hari ini. Penarikan gelaran berkenaan telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang dilakukan di Nu Ideaktiv, Shah Alam tengah hari tadi.
Haneesya yang hadir mengenakan pakaian serba hitam dilihat relak, meski bersedih atas apa yang berlaku.
Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman menerusi sidang media tersebut menjelaskan, pemenang tempat kedua pencarian gadis itu, Tia Sarah masih kekal mendukung status sebagai pemenang tempat kedua Dewi Remaja.
Secara ringkasnya, tiada sesiapa yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu-satu pemenang sahaja.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/19), tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Faveroite.
“Tiada sesiapa daripada mereka yang akan mengganti atau menyandang gelaran tersebut kerana status itu telah jelas milik Haneesya. Tetapi berikutan insiden yang berlaku kami mengambil pendirian untuk tidak meletakkan pengganti bagi kekosongan berkenaan.
“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak mempunyai pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini. Hanya pencarian yang akan datang, kami akan tabalkan penyandang kesepuluh.
“Jadi finalis lain yang mempunyai gelaran akan terus mewakili jenama ini dalam sesi sidang media, bertemu pihak penaja atau sebarang keperluan berkaitan Dewi Remaja pada masa akan datang,” jelas Editor Pengurusan, Fiezreen Ahmad.
Pada masa sama, Faiz mewakili Nu Ideaktiv turut kesal terhadap apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ia terjadi setelah pemenang terbaru dimumkan. Perkara telah pun berlaku dan dirasakan tindakan sewajarnya perlu diambil.
Sementara itu, turut diperjelaskan bahawa video tular berkenaan berlaku sebelum pertandingan akhir berlangsung. Ia terjadi hampir sebulan sebelum malam final. Jadi pada malam kemenangan, individu terlibat berada di rumah bersama keluarga.
“Apapun, pihak kami memuji akan tindakan Haneesya yang mempunyai keberanian dengan tampil secara profesional demi memperbetulkan keadaan. Kami tetap menyokong perjalanannya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini,” tambah Faiz.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya dalam linangan air mata.
Menyifatkan apa yang berlaku menjadikan dirinya lebih kuat dan positif, Haneesya turut meminta netizen supaya tidak menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.
“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” terang Haneesya.
Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.
Selamat maju jaya buat Haneesya dan semoga yang berlaku memberi ruang buatnya untuk terus maju dalam seni.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Liyana Tunjuk Sokongan Buat Mizz Nina; “Sentiasa Mengidolakan Awak, Allah Sentiasa Bersama Orang Yang Sabar.”
Kisah penceraian yang berlaku di antara pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mendapat perhatian meluas daripada peminat setia mereka apabila pasangan itu mengumumkan sudah berpisah pada Khamis.
Berita itu juga turut menarik perhatian pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini sedang berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga.
Menerusi laman Insta Story, Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, tampil memberikan sokongan buat Nina.
“Always a fan of you Mizz Nina, be strong. Indeed, Allah is with the patient (sentiasa mengidolakan awak Mizz Nina, semoga diberikan kekuatan. Sesungguhnya, Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar),” tulis Sarah.
Selain Sarah, menerusi pemerhatian di laman Instagram Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim, 42, ramai rakan selebriti turut memberikan kata-kata sokongan buat bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu.
“I love you Nina, hugs,” tulis Shila Amzah.
“May Allah SWT ease everything for the both of you and your son,” titip Fazura.
“With difficulty comes doubles eases. Sending you lots of love,” tulis Ummi Nazeera.
“Perancangan Allah yang terbaik, semoga Allah kurniakan kekuatan buat kedua-dua insan baik ini,” tulis penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro.
Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan pasangan itu mengumumkan telah bercerai talak satu pada Khamis.
Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah, Mizz Nina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Sengaja Perlahankan Karier Lakonan, Lisa Surihani Akui Ada Letak Permintaan Jika…
Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani tidak memperlahankan kariernya sebagai seorang anak seni sejurus mendirikan rumah tangga beberapa tahun lalu.
Tanpa sengaja, menurut Lisa, dia hanya mahu mengimbangkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak seni dan pada masa sama dapat menjalankan peranannya sebagai ibu dengan baik.
“Kalau sengaja perlahankan itu mungkin tidak. Saya cuma mahu imbangkan sahaja.
“Saya merupakan seorang ibu pada masa sama saya juga miliki kerjaya dalam bidang seni dan kalau boleh saya mahu buat kedua-duanya sebaik mungkin.
“Nak kata go with the flow pun tidak juga, saya hanya cuba imbangkan. Misalnya kalau ada jurang lama saya tidak menonjolkan diri ianya hanya kebetulan.
“Ada banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan tersebut. Kita terima sesuatu job itu bukan hanya satu sebab sahaja. Sebenarnya ada banyak faktor lain lagi selain daripada sudah tentunya rezeki,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia meletakkan syarat sewaktu memilih naskhah seni, bintang drama, Pelindung Seorang Puteri itu menjelaskan dia lebih selesa untuk berbincang atas budi bicara.
“Saya tidaklah terlampau meletakkan syarat sangat. Biasanya saya akan tanya bolehkah saya berkerja 12 jam sahaja.
“Saya akan tanya dengan budi bicara dan cara yang baik sama ada boleh atau tidak.
“Saya faham ada pelakon-pelakon lain yang okay untuk berkerja lebih daripada 12 jam.
“Saya cuba letakkan syarat sebegitu supaya saya ada waktu yang balance dimana saya boleh berkerja pada masa sama saya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri,” jelasnya lagi.
Lisa berkata demikian sewaktu ditemui media pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam soal lakonan pula, Lisa menyifatkan ada beberapa faktor yang harus dia pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membawakan sesuatu watak itu
“Ia bergantung kepada keadaan, contohnya ada babak pegang tangan kalau boleh saya cuba elakkan.
“Saya akan cuba cara lain yang memberikan mesej dan impak yang sama dan sampai seperti apa yang dimahukan pengarah.
“Segalanya bergantung kepada budi bicara saya tidak akan tolak secara terus sebaliknya kita bincang mengenai solusi yang lain,” jawabnya.
Sempena bulan kemerdekaan, Lisa bakal tampil menerusi drama Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph yang bakal disiarkan pada 30 Ogos ini menerusi saluran Astro Ria (123) dan Ria HD (104).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI