Tanggal 31 Mei lalu menjadi moment bermakna buat pelakon, Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Diberi nama Mohamad Eidrees kerana lahir pada bulan Syawal (Eid), Anzalna turut membuka akaun untuk bayi comelnya itu.
“Anzalna dan Hanif berkahwin pada tahun 2016. Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami.
“Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!
“Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh.
“Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana,” tulisnya.
Dalam pada itu, Anzalna mendedahkan bahawa dia hampir melakukan pemeriksaan histerosalpingografi (HSG) iaitu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio.
Ads
Baginya, hampir tiga tahun Anzalna dan Hanif bersabar menanti zuriat.
“Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan.
“Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak! 😜hahhahahaah Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada “good news” terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up. Hanif pun kena check juga. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah.
“Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali,” kongsinya.
Ads
Akur bekas Dewi Remaja 2009/2010 ini, dia banyak ke luar negara dan terpaksa menangguhkan pemeriksaan tersebut.
Bagaimanapun, dia disahkan hamil apabila pulang bercuti di Itali.
“Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG. Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak.
Ads
“Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustaja.
“Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya. Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu,” tulis Anzalna panjang lebar.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei lalu.
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Aina Abdul terharu jika ada yang memberikan reaksi persaingan sengitnya ialah Marsha Milan bagi kategori berkenaan.
Aina berkata, jika ada yang memberikan pendapat sedemikian, ia satu penghargaan besar bagi dirinya.
“Ketika kak Marsha tengah membuat persembahan, saya sedang tukar persalinan untuk lagu seterusnya. Saya ‘kering tekak’, terus minum air,” seloroh Aina.
“Saya hormati Marsha. Malah masih ingat lagi, saya salah seorang peminat yang mengundinya ketika dia bertanding di Akademi Fantasia dulu.
“Jadi untuk bersama-sama denganya di pentas AJL dan kalau dikatakan persaingan sengit (vokal) bersama Marsha, saya rasa itu satu penghargaan. Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas mengenai dua persalinan unik yang digayakan, Aina yang turut merangkul trofi Pilihan Penyanyi Popular AJL36 di samping Khai Bahar berterima kasih kepada semua terlibat bersama skuad cantiknya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Kirana memberikan reaksi selepas ditanya mengenai segelintir selebriti yang memilih untuk kembali membuka hijab sehingga mendapat reaksi pelbagai khasnya di media sosial.
Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil bagaimanapun tidak boleh memberikan komen panjang lebar selain meminta semua mendoakan yang terbaik.
“Saya rasa kasihan kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak tahu apakah dugaan yang dilalui sampai ada yang terpaksa buat keputusan sedemikian.
“Saya percaya, ia pasti satu keputusan yang berat. Tapi itulah saya nak komen lebih-lebih pun, tak pasti kalaulah ia juga terjadi kepada diri-sendiri, bagaimana nanti? Jadi lebih baik untuk kita mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana dia mencari kekuatan untuk kekal istiqamah selepas tampil berhijab, penyanyi lagu Pijak ini akui perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah.
“Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling susah untuk dilakukan. Sebab itu saya ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung ia dibuat secara perlahan-lahan. Bukan secara drastik.
“Misalnya saya pakai dulu ketika di bulan Ramadan. Kiranya saya praktis supaya ia tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri.
“Macam sekarang apa-apa persalinan yang akan saya pakai pun, akan tengok dulu sama ada ia bersesuaian atau sebaliknya.
“Dari segi kerjaya pun sama. Bila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Berbeza berbanding dulu,” katanya lagi.
Zizi pada masa sama tidak meletakkan pujian ramai terhadap penampilan yang sopan menjadi asbab utama mengenakan tudung.
“Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang. Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain.
“Jangan sesekali bila orang puji ‘cantiklah pakai tudung’ terus rasa nak bertudung semata-mata terima pujian. Jangan begitu. Lebih baik ambil ia sebagai semangat. Ambilnya daripada sisi yang baik untuk bawa kita hijrah atau berubah.
“Selepas itu ikutlah momentum sendiri. Terpulang juga kepada diri masing-masing. Kalau saya sendiri, buat secara perlahan-lahan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!