Pelakon Sharifah Sakinah menitikberatkan soal pemakanan bagi menjaga kesihatannya dan keluarga.
Ujar Sakinah, dia mencadangkan pengambilan ulaman seperti petai yang dipercayai mampu mengelakkan masalah kemurungan.
“Content makanan kedua : petai
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.
“Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel),” tulisnya.
Menerusi video tersebut, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu turut menjelaskan, ulaman hijau itu mampu memberi kebaikan.
“Kalau korang stress yang ada masalah anxiety, sebab zaman sekarang sudah akhir zaman,manusia tak lari dari masalah anxiety,stress kemurungan.
“Jadi, anda boleh sediakan snek yang mudah iaitu berbentuk sayuran dan ia sangat penting,” katanya sambil menikmati petai.
Terdahulu, pelakon wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia pernah mengalami disklesia.
Video/Foto: Instagram Sharifah Sakinah