Gara-Gara tersalah ejaan nama pelakon hebat Sharnaaz Ahmad di sebuah poster filem seram yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon ini meninggalkan komen buat pereka grafik yang dikenali sebagai Adolf Zulkarnain.

Menyedari kesilapan yang berlaku, lelaki ini membuat permohonan maaf menerusi Facebook dan menyifatkan  poster yang dikongsikan itu adalah edisi bocor.

Malah ia difahamkan belum diluluskan oleh pihak penerbit dan tidak sepatutnya dimuat naik di laman sosial.

“PERMOHONAN MAAF KUKUBESI BUAT SHARNAAZ AHMAD

“Kehadapan adik Sha
Disini Abang KB sebagai pereka poster ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada adik Sha di atas kesilapan Abang KB menaip nama Adik Sha pada movie poster terbaru yang bakal keluar nanti sehingga membuatkan Adik Sha marah di instagram 

“Untuk pengetahuan Adik Sha , sebenarnya poster yang Adik Sha lihat itu adalah poster edisi yang telah bocor , sepatutnya poster movie itu tidak boleh di upload lagi kepada umum kerana poster tersebut masih dalam proses aproval dari pihak producer dan memang 100% belum siap dan tidak sepatutnya publish kepada umum…. tetiba ianya terbocor

“Sekali lagi untuk pengetahuan Adik Sha , kebiasaanya poster yang Abang KB buat akan mempunya beberapa fasa atau stage , pertamanya dari skect , kemudian kepada proposal design , kemudian kepada semi final design , dalam kes ini dah masuk fasa semi final yang mana selalunya Abang KB akan minta pihak producer untuk approve susun atur design , concept color dan susun atur text…. apabila producer dah approve kami submit poster yang telah approve untuk keluusan LPF 

“Untuk pengetahuan Adik Sha untuk kali ke tiga , apabila sudah mendapat kelulusan LPF dan di beri nombor poster dari pihak LPF , barulah Abang KB akan fokus kepada TEXT yang harus ada dalam poster check dari atas poster sampai bawah poster , termasuk la credit tittle yang bawah sekali tu… kalau Adik Sha nak tahu , ketika proses hantar ke LPF kebanyakan nama dummy termasuk la credit tittle… Adik Sha bole lihat credit tittle dummy pon abang guna yang omputeh punya je… ianya sebagai look n feel sahaja.

“Sebelum hantar printing , Abang KB akan mintak final text dari pihak producer , seperti nama betul artis , nama company , nama pengarah dan nama2 krew… apabila sudah dapat dari pihak producer dan Abang KB dan siap masukkan dalam FINAL POSTER barulah poster filem itu di hantar ke pihak printing,” tulisnya.

Dia juga memohon maaf sekiranya isu kesilapan ejaan ini sensitif kepada pelakon popular itu.

“Sekali lagi Abang KB mohon maaf kepada Adik Sha sekiranya kesilapan nama ini sangat sensitif buat Adik Sha , Abang KB akan ambil ikhtibar dari kejadian ini untuk perbaiki kesilapan Abang dan Abang KB akan minta seluruh persatuan , NGO dan organisasi grafik dan senireka seluruh malaysia , sila hafal nama Adik Sha sekiranya ada apa apa design poster atau flyers atau banner atau billboard yang ada nama Adik Sha harus di eja dengan betul walaupun sekadar dummy….. pastikan ejaan SHARNAAZ AHMAD itu betul bukan seperti yang Abang KB taip sebelum ini Shahnaz Ahmad

“Yang BAHALOL dan CELAKA datangnye dari Abang KB dan yang SUCI dan MULIA datanye dari Adik Sha… ku pohon ampun… bak kata lirik lagu band BUTTERFINGERS berjudul DAULAT TUANKU bagi album Selamat Tinggal Dunia 

” junjung titah patik harap di ampun , junjung titah patik harap di ampun… daulat… daulat tuanku ”

“Abang KB kalau dah kena marah terus tak jadi KUKUBESI …terus jadi KIUT BOBOI , Abang KB akhiri , mohon ke belakang Adik Sha.

KB
kiut boboi,” ulasnya panjang lebar.

PERMOHONAN MAAF KUKUBESI BUAT SHARNAAZ AHMAD.Kehadapan adik ShaDisini Abang KB sebagai pereka poster ingin membuat…

Posted by kukubesi manipulasi on Tuesday, July 16, 2019

Terdahulu, poster filem ini dikongsikan menerusi Instagram @bersamaerra dan dilihat nama pelakon ini dieja sebagai Shahnaz Ahmad.

Foto : Facebook Kuku Besi, Instagram Bersamaerra