Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa berfikir daripada sudut pandang seorang rakyat lebih-lebih lagi bila ingin berbicara mengenai soal politik mahupun pemimpin.
Menurut Naim, bila kita memikirkan mengenai jerih perih yang harus dilalui oleh rakyat, secara tidak langsung perasaan empati akan terbit di dalam jiwa dan sanubari setiap orang daripada kita.
“Senang, nak bagi pendapat sekalipun, bercakaplah dari sisi rakyat. Dari situ kita akan belajar empati.
“Ahli politik akan terus bersilih ganti, jangan taksub dengan mana-mana mereka.
“Kerajaan mahupun pembangkang.
Yang baik terima, buruk kita tegur.
Berdiri dengan rakyat,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu, Sumpah itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Naim turut menasihati semua pihak untuk tidak terlalu taksub dengan mana-mana pemimpin memandangkan ahli politik sentiasa datang dan pergi.
Katanya lagi, tidak kiralah sama ada kerajaan mahupun pembangkang, pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa berdiri teguh bersama rakyat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar kemelut politik yang melanda negara akan segera berakhir.
“Mentality, level of education, and experience yg membezakan point of view seseorg tu. Jadilah Rakyat Yg Maju.
“Ini baru politik matang dan sejahtera…sangat terbuka dan neutral. Salute you bro.
“Aku respect dengann bait-baik kata sebegini. Tahniah Naim,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Naik pernah memaklumkan dirinya akan tetap dengan pendiriannya untuk terus lantang dalam menyuarakan pendapat bagi pihak para pengikutnya di seluruh platform media sosial.
Sumber: Twitter & Instagram Naim Daniel