Penyanyi, Putera Muhammad mahu melupakan segala kesilapan yang terjadi pada konsert separuh akhir Big Stage 2023 seterusnya ingin kembali bangkit untuk memberikan persembahan yang bertenaga di konsert akhir.

Jelas Putera, dia agak terkilan apabila namanya terpaksa menduduki tangga tiga terbawah sebelum berjaya mara ke konsert akhir.

“Yang Battle Dengan Saya… Bersedialah, Tak Bagi Chance Lagi,” – ‘Amaran’ Putera Muhammad “Yang Battle Dengan Saya… Bersedialah, Tak Bagi Chance Lagi,” – ‘Amaran’ Putera Muhammad

“Saya lega dapat mara ke konsert akhir walaupun terpaksa lolos dengan cara meningalkan dua orang sahabat rapat saya iaitu Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz.

“Apa yang saya nak buat pada minggu hadapan adalah untuk kasi pecah. Saya akan tinggalkan segala yang berlaku pada minggu ini. Saya mahu lupakan semua dan rancang strategi perang untuk final,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Putera turut menafikan dirinya sudah berasa selesa berada dipertandingan ini sebaliknya menjelaskan dia telah tersilap dalam merancang percaturan.

Ads

“Yang Battle Dengan Saya… Bersedialah, Tak Bagi Chance Lagi,” – ‘Amaran’ Putera Muhammad “Yang Battle Dengan Saya… Bersedialah, Tak Bagi Chance Lagi,” – ‘Amaran’ Putera Muhammad

“Saya tak pernah rasa sebegitu. Perancangan saya pada minggu ini adalah untuk membuat persembahan yang simple dan berikan fokus lebih kepada emosi lagu itu sendiri. Percaturan saya mungkin salah.

“Rakan-rakan lain pula minggu ini mereka telah pamerkan persembahan yang all out. Jadi, saya agak ketinggalan. Tak mengapalah. Benda pun dah jadi dan kita jadikan pengajaran,” kongsinya lagi.

Vokalis kumpulan Madam ini berkata sedemikian selepas selesai konsert separuh akhir Big Stage 2023 pada Ahad.

Ads

Akui duet bukanlah kekauatan utama dirinya namun, Putera menegaskan sudah bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana peserta di pusingan battle pada konsert akhir nanti.

“Gemuruh itu sentiasa ada tetapi perasaan itu lebih kepada teruja untuk buat persembahan. Saya tidak akan jadikan perasaan gemuruh itu sesuatu yang mengganggu atau merencatkan persembahan saya.

“Saya dah tolak tepi perasaan gemuruh itu. Kalau ada kesilapan, itu adalah disebabkan saya sendiri. Untuk pusingan battle, kita masih tak tahu formatnya bagaimana.

“Namun, apa yang boleh saya katakan, siapa yang jumpa saya dekat pusingan battle tu, bersedialah kerana saya tidak akan beri peluang lagi. Saya akan all out,”ujarnya lagi.

Ads

“Yang Battle Dengan Saya… Bersedialah, Tak Bagi Chance Lagi,” – ‘Amaran’ Putera Muhammad

Ditanya mengenai sasaran, penyanyi lagu Luka ini menjelas dirinya memasang impian untuk bergelar juara.

“Saya memang sasarkan untuk menjadi juara. Fokus saya memang itu sahaja sekarang ini. Saya akui semua peserta makin bagus terutamanya Puteri Khareeza dan Aufahanie yang menunjukkan peningkatan.

“Saya tidak mengharapkan mereka untuk membuat kesilapan sebaliknya saya mahu membuat persembahan yang sempurna,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI