Penyanyi senior, Aishah Ariffin berharap agar semua pihak dapat dikurniakan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi bagi mengharungi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang telah pun berkuat kuasa bermula hari ini di beberapa buah negeri.

Jelas Aishah, pada ketika ini, semua pihak sedang merasai tekanannya dan sebagai manusia yang perihatin, kita hendaklah menjaga sensitiviti orang-orang disekeliling mereka.

“Selesai kerja semalam badan vintage ni merasa bahananya. Ramai yang keluar hari ini, al maklumlah kami di beberapa daerah di Selangor ni akan berPKP.

“Cuma agak confuse sekarang dengan SOPnya, nak ikut PKP yang macam mula-mula dulu ke, atau mcm PKP 2.0 ke macam mana ye?

“Di dalam bulan yang mulia semoga kita semua diberi kesabaran untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup terutama di musim Covid ini.

Ads

“Semua orang merasakan berbagai tekanan, jadi jom kita sama-sama menjaga sensitivity sesama kita. Empathy itu sangat penting. Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan,” tulisnya.

Peringatan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Yang Berada & Bahagia, Mungkin Boleh Simpan Sikit Kemewahan…,”- Ramai Terkesan Sebab PKP, Aishah Seru Jaga Sensitiviti “Yang Berada & Bahagia, Mungkin Boleh Simpan Sikit Kemewahan…,”- Ramai Terkesan Sebab PKP, Aishah Seru Jaga Sensitiviti “Yang Berada & Bahagia, Mungkin Boleh Simpan Sikit Kemewahan…,”- Ramai Terkesan Sebab PKP, Aishah Seru Jaga Sensitiviti

Ads

Dalam pada itu, Aishah turut mengigatkan agar kita semua dapat lebih sensitif ketika menggunakan media sosial terutamanya bila mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik.

“Kalau pun tidak bisa membantu secara fizikal, dengan menjaga apa yang kita upload di dalam akaun sosial media kita sudah cukup bagus.

“Bagi yang berada dan bahagia, mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar-gambar kemewahan dan kegembiraan.

Ads

“Bukan apa,kerana menjaga hati-hati teman-teman yang sedang dilanda kesedihan dan kesempitan. Bagi yang diduga dengan berbagai dugaan, semoga kita bertabah dan bersabar menghadapinya,” katanya lagi.

Dikesempatan itu juga, Aishah turut menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan setiap masa yang terluang
bagi mendekatkan diri dengan agama

“Di media sosial bukan tempat untuk kita ‘vent out’ segala ‘frustration’ kita. Sekarang inilah masa terbaik utk kita mohon pada Allah swt.

“Take care everyone,tenangkan hati, zikirullah dan Al Quran patut menjadi teman setia kita 24/7. Sebarkan kasih sayang pada semua. Positif minda, fizikal dan spiritual tapi jangan positif Covid insyaallah,” akhirinya.

Sumber: Instagram Aishah Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI