Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti ,Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan mendakwa masih bergelar isteri pertama kepada Aslam.
Malah menerusi beberapa foto yang dimuat naik Umisya menerusi Instagram, dia turut menjelaskan dia tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi atas alasan tertentu.
“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami. Yang bertanya, ya. Kami masih bersama.
“Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu. Bukan sebab hendak bersaing, cemburu dan lain-lain.
“Untuk (perkongsian foto) sebagai kenangan dan mengelak fitnah. Hari ini Misya post gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama.
Ads
“A wise woman choosing to stop arguing for the sake of Allah, with someone who’s clearly shown they refuse to listen or understand. No hate okay,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, tular video yang merakamkan Marissa yang disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan ibunya, Abby Abadi.
Ads
Malah Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum bersalaman dengan Aslam.
Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tempatan dan apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian ramai.
Walaupun cukup dikenali ramai, namun keperibadian ramah dan ‘humble’ yang ditunjukkan ibu kepada Muhammad Bilal itu pantas meraih perhatian netizen menerusi video yang dimuat naik Neelofa di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat ramah melayan pekerja di sebuah restoran makanan segera ketika dia dan suami, PU Riz membuat pesanan secara ‘drive thru’.
Permintaan mereka dilayani dengan baik pasangan suami isteri itu apabila sempat bergambar swafoto bersama-sama dan Neelofa menulis, “McD delivery ke kereta, pakej dengan selfie” pada keterangan video tersebut.
Pelakon Putra Amaris tumpang syukur dan terharu apabila Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat, Kuala Lumpur, menerima dua kenderaan jenis Multi-Purpose Vehicle (MPV) untuk kegunaan harian pelajar.
Sumbangan tersebut diterima daripada seorang pemuda berhati mulia, ‘menjawab’ doa anak-anak tahfiz yang selama ini bergantung kepada kereta arwah bapa Amaris untuk bergerak ke masjid dan menjalani aktiviti harian.
Luah Rasa Syukur Terharu
Menurut Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail, 40, dia tidak menyangka pusat tahfiz tersebut akhirnya memiliki kenderaan rasmi bagi kegunaan harian.
“Alhamdulillah, rezeki tahun ini cukup baik. Anak-anak tahfiz ini selalu tanya saya bila mereka boleh dapat van untuk ke masjid.
“Selalunya mereka menggunakan kereta arwah ayah saya untuk bergerak ke mana-mana.
“Tak sangka doa kami dimakbulkan apabila kami menerima dua buah MPV daripada seorang anak muda lingkungan 30-an,” katanya ketika ditemui di majlis Program Kongsi Rezeki Infaq Ramadan 2025 #SamaSamaKenyang, baru-baru ini.
Manfaat Kepada Pelajar
Menurut Amaris, kanak-kanak di pusat tahfiz tersebut telah menggunakan kenderaan ini sejak beberapa bulan lalu dan ia benar-benar memberi manfaat kepada mereka.
“Kita doakan semoga hamba Allah yang menginfaqkan dua buah kereta ini diberikan rezeki yang luas.
“Saya memang mengenali rapat pemberi ini, orangnya sangat baik. Sebelum ini kami ada mohon bantuan kepadanya.
“Alhamdulillah, mereka sudah menggunakan kereta itu beberapa bulan lalu. Saya gembira melihat mereka tersenyum dan gembira,” katanya lagi.
Misi Infaq Ramadan 2025
Berkongsi mengenai Program Kongsi Rezeki: Infaq Ramadan 2025, Amaris menjelaskan pada tahun ini, misi pasukannya adalah untuk membantu lebih 1,000 golongan asnaf, termasuk anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, penghuni rumah orang tua, dan gelandangan.
“Program ini sebahagian daripada usaha murni kami untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat ini.
Kongsi Rezeki 2025 Infaq Ramadan mendapat kerjasama daripada jenama SoftRein dan Biofitrah dalam misi mengedarkan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.
Selain mengumpul dana untuk membina Maahad Tahfiz Misbahul Falah, misi tahun ini juga bertujuan menyalurkan bantuan keperluan asas seperti makanan, peralatan sekolah, lampin pakai buang, dan susu bernutrisi kepada golongan memerlukan.
Sebagai sebahagian daripada program ini, Majlis Tahfiz Berselawat bersama 100 anak-anak tahfiz akan turut diadakan bersama Majlis Berbuka Puasa Amal pada 15 Mac 2025 di Warung Pagi Pagi. Hasil jualan meja akan disalurkan ke pembangunan tahfiz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar gembira akhirnya berpihak kepada Katy Perry apabila kes saman terhadap dirinya yang sudah berlangsung hampir enam tahun selesai.
Penyanyi terkenal itu tidak lagi perlu membayar saman berjumlah lebih RM11 juta kepada penyanyi rap, Flame atau nama sebenarnya Marcus Gray.
Pada 2016, Marcus mendakwa Katy Perry memplagiat lapan not ostinato daripada lagu Joyful Noise miliknya yang diterbitkan pada 2009 dan menggunakan not tersebut di dalam lagu Dark Horse yang menjadi antara lagu hit pada 2013.
Marcus menyaman Katy dan defendan bersama termasuk Capitol Records pada 2016 dan pada mulanya dianugerahkan lebih RM11 Juta juta dalam keputusan juri tiga tahun kemudian.
Namun begitu Katy merayu dan hakim mahkamah daerah persekutuan mengosongkan keputusan itu pada Mac 2020.
Seorang hakim dari mahkamah rayuan ninth circuit kini telah memutuskan bahawa Marcus cuba menuntut “monopoli yang tidak wajar” ke atas “blok pembinaan muzik” yang konvensional.
Ostinato dalam lagu Katy dan Marcus masing-masing “terdiri sepenuhnya daripada unsur muzik biasa, dan persamaan antara mereka tidak timbul daripada gabungan asal unsur-unsur ini”, menurut kenyataan dari keputusan yang baru dibuat.
Hakim memutuskan bahawa untuk membenarkan hak cipta ke atas tuntutan ini akan menghadkan kreativiti muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: The Guardian, Kredit foto: Instagram Katy Perry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...