Bintang drama bersiri Cinta Sekali Lagi, Saharul Ridzwan menegaskan bahawa ilmu syirik dan sihir sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat.

Menerusi entri di Instagram, Saharul memberitahu dirinya ada menerima komen dan cerita mereka yang pernah menghadapi perbuatan terkutuk itu.

Saharul meluahkan rasa kesal dan sedih kerana perkara tersebut masih wujud dan berlaku dan pelakon berusia 31 tahun ini berdoa agar kita semua sentisa dilindungi dan dijauhi darinya.

“Tiada daya upaya kita dalam apa apa sekalipun, kecuali dengan Izin Allah. Apa yang baik, kita jadikan semangat.

Ads

“Yang buruk kita tolak jauh2. Semoga kita semua dilindungi Allah. Jangan tinggal solat. InShaaAllah Selamat Malam #cintasekalilagi @sr.tigers,” tulisnya pada ruangan kapsyen IG TV berhubung isu terkait.

“Yang Buruk Kita Tolak Jauh-Jauh,” – Sihir Itu Wujud, Saharul Ridzwan Berdoa Agar…

Ads

Nama pelakon Saharul semakin menjadi perhatian netizen selepas membintangi drama rantaian Cinta Sekali Lagi.

Ads

Drama ini berkisahkan tentang sebuah hubungan rumah tangga yang antara lain turut berdepan konflik tersendiri, termasuk mengamalkan ilmu hitam iaitu sihir.

Selain Saharul, drama ini turut dibintangi Nelydia Senrose, Hanna Delisha, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI