
Drama rantaian, Budak Tebing bakal kembali menemui penonton untuk musim kedua dan akan mula bersiaran malam ini di slot Lestary TV3.
Malah, kemunculan musim terbaharu drama ini telah disambut baik dan mendapat reaksi positif penonton.
Bukan itu sahaja, rata-rata pengikut drama berkenaan turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti drama ini bersiaran di kaca televisyen.
Terdahulu, Budak Tebing musim pertama yang bersiaran pada Mac tahun lalu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton setia drama tempatan.
Mulai 18 Jun, drama arahan Feroz Kadir ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.
Drama yang berkisahkan masalah sosial di kalangan remaja ini dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna dan ramai lagi.
Foto: Instagram TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah! Sheila Rusly Maklum Anak Sulung Bertunang Dengan Elisya Sandha – “Ikut Perjanjian, Mereka Akan Disatukan Awal Tahun Depan.”

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang Ahad.
Majlis yang disambut secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha.
Memetik Berita Harian, Sheila mengakui rasa gembira dengan ikatan pertunangan melibatkan pasangan sama cantik sama padan itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya.
Sheila turut menjelaskan, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.
“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” katanya lagi.
Berkongsi pilihan hati anaknya itu, Sheila meyakini bintang drama Misteri Mona itu mampu membahagiakan anak pertamanya itu.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” katanya.
Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.
Hari bahagia Haq dan Elisya turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial masing-masing.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hannah Delisha Wajah Wakilan Produk, Wajah Cantiknya Sebagai Pelaris? Ini Jawab Tuan Badan

Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha ya,ng baru sahaja dilantik sebagai duta kepada produk kecantikan, Conboo bersyukur atas kepercayaan yang diberikan.
Teruja atas tanggungjawab baharu itu, penyanyi lagu Esok Masih Ada itu optimis mahu memikul tanggungjawab sebagai wajah wakilan jenama itu dengan baik.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.
Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, menambah, perkara utama yang menjadi pertimbangannya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana ia selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama terbabit.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dirinya yang dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif.
“Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya.
Terdahulu, jenama berkenaan yang dihasilkan untuk semua golongan, melangkah dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar.
Ramuan premium semula jadi yang terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
Jadi sudah tentunya, dengan jadual yang padat Hannah sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional sudah pasti Beau3 Milk by CONBOO menjadi ‘bantuan’ yang besar kepadanya ke arah gaya hidup sihat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agong Tinjau Sekitar Kuala Lumpur Waktu Malam. Puas Hati Rakyat Patuh PKP Fasa 3

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
View this post on InstagramA post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI