Pelakon dan pengacara, Erra Fazira berharap dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini akan membuahkan hasil serta kejayaan kepada Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek turut menasihati agar sentiasa mematuhi undang-undang prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat “Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat

Selain itu, bintang filem Cinta Kolestrol juga berharap agar pemberian vaksin kepada orang ramai dijalankan secara lebih efisien oleh kerajaan agar ia mencapai sasaran.

“Harap semua org amalkan lockdown sehabis baik. Moga kali ini beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas lockdown pulak, kita wajib terus amalkan kendiri! Kalau tidakkk.. pusing pusinggg benda yg sama.

“Kepada kerajaan.. moga lebih aktif dan efficient dalam menyelenggara vaksin utk rakyat dan terima kasih in advance krn memikirkan cara2 utk bantu rakyat di saat kritikal ini,” tulisnya.

Ads

“Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat “Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat

Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menasihati agar orang ramai berhenti menunding jari terhadap kesalahan orang lain dan tidak bersikap degil.

“Kepada segelintir rakyat, hentikan menunding jari, kita jaga kita! Menunding dan menyalahkan tidak membantu utk kita menjadi manusia positif yg menyumbang kearah kebaikkan.

Ads

“Yg dok degil, moga ada akta baru utk mereka salurkan tenaga dan semangat degil mereka dlm aktiviti dan tugasan kemasyarakatan.

“Yg belum register, tolong lah register dan HADIRKAN diri utk vaksin pls.. kita nak Malaysia capai herd immunity.

“Andai tidak mengerti, tolonglah bertanya kepada yg arif dan bertauliah. Kita sangat2 perlu pulihkan Malaysia mental dan fizikal!! (If u know what i mean..) .#kitaboleh,” tulisnya lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat

“Yang Dok Degil, Moga Ada Akta Baru Untuk Mereka,” – Elak Pusing Benda Sama, Erra Fazira Harap Lockdown Kali Ini Capai Matlamat

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI