Pelakon Shakilla Khoriri mengambil keputusan memadam foto lubang hidung yang dimuat naik kelmarin gara-gara menerima kecaman selepas membuat perkongsian berkenaan.
Jelasnya, dia hanya menyuarakan kebimbangan dan meminta solusi bagaimana seharusnya penyakit tersebut diubati, namun lain pula yang berlaku.
Malah lubang hidung yang dimuat naik merupakan gambar carian Google, dan bukan miliknya sebagaimana didakwa.
“Post pasal lubang hidung semalam tu aku dah HIDE ! Sebabnya ramai pulak orang yang geli lah apa lah.
“Aku macam WHY ? Tu kan aku nak share pasal masalah aku dengan orang lain yang tengah alami masalah yang sama dengan semua orang.
Tengah usaha nak cari solution nya bagaimana. Yang dok geli , tak lalu nak makan bagai tu kau PAHAL?
“Tu lubang hidung google ye kalau yang ngok sangat tu. Penat lah korang ni.
Makin lama dok rumah makin bagai2 perangai kau eh.
“Aku tengah geram ni. Meh siapa2 nak gigit lengan sikit,” kongsinya.
Terdahulu, ibu kepada seorang anak itu menyatakan kebimbangan apabila saluran pernafasannya mempunyai masalah akibat kerap menggunakan ‘nasal spray’.
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI