Abang kepada pelakon Aishah Azman, Afiq Muiz memberikan reaksi terhadap isu kontroversi melibatkan adiknya itu baru-baru ini.
Memberi kenyataan ringkas menerusi Instagram, pelakon ini dilihat menyelar tindakan seseorang yang dikatakan telah mengasari adiknya.
Malah, pada masa sama, Afiq turut memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang berhasrat ingin menjadikan Aishah sebagai isteri.
“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni.
“Yang gentle dan Islam saja. Yang dua alam dilarang sama sekali. AMARAN,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, dunia hiburan dikejutkan mengenai berita seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas didakwa membelasah bekas tunang akibat berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang bersama kenalan.
Berhubung kes tersebut, netizen mulai membuat telahan sendiri dengan mendakwa aktor Syafie Naswip merupakan individu yang dimaksudkan, memandangkan dia baru saja putus tunang dengan pelakon Aishah Azman.
Malah, bintang filem Mukhsin itu turut menerima pelbagai reaksi komen dari ‘tentera bawang’ di laman Instagram miliknya gara-gara isu tersebut sebagaiman yang didakwa.
Sekadar mengimbas kembali, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Cheras.
Foto: Instagram Afiq Muiz, Aishah Azman