Penyampai radio dan pelawak Sharifah Shahirah atau dikenali sebagai Shiera Ijoy telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, pelawak yang berusia 44 tahun telah berkongsi gambar dia bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida ketika berada di Karnival Mood Republik yang berlangsung di Kelantan.
“Masa kat Kelantan mood republik Penuh booth cik B ….setanding mira filza ok Yang hujung anak aku ..dah 21.. @tallisya72 tapi tak glamor (promot)”tulisnya.
Lantas perkongsian tersebut menjadi perhatian peminat gara-gara Shiera yang mahu mempromosikan anaknya di media sosial.
Lalu, peminat terhibur apabila membaca kapsyen kelakar yang ditulis oleh Shiera.
Ada-ada sahaja yang perkara yang dilakukan oleh Shiera untuk mencuit hati peminat. Kelakar sangat!
Foto : Instagram Shiera Ijoy