Selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember lalu, pelakon jelita, Datin Intan Najuwa mendedahkan dirinya sering kali diasak dengan persoalan-persoalan daripada netizen mengenai perubahan fizikalnya.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Intan memaklumkan ada di antara mereka yang berasa pelik melihat wajahnya yang sembab dan bentuk badannya yang semakin berisi.
Bukan setakat itu, mereka turut mempersoalkan tindakan Intan yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon drama Racun Rihanna menyifatkan perubahan tersebut merupakan normal lebih-lebih lagi buat wanita yang baru sahaja bersalin.
“Korang, saya baru sahaja melahirkan cahaya mata. Saya kini sedang perlahan-lahan dalam proses untuk kembali kepada diri saya yang asal seperti mana ibu-ibu yang lain di dunia ini.
“Ia memang mengambil masa dan saya akan sampai ke tahap itu,” tulisnya.
Intan Terkilan Dengan Komen-Komen Negatif
Pada masa sama, Intan akui kesal dengan sikap segelintir wanita yang dianggap tidak memberi sokongan dan peluang kepadanya yang sedang belajar menjadi seorang ibu.
“Saya sangat terkejut bila kebanyakkan komen-komen ini datang daripada golongan wanita termasuk ibu-ibu.
“Kenapa kita tak boleh bersikap baik sesama sendiri? Wanita sepatut mengangkat dan sokong antara satu sama lain. Bukan sebaliknya,” katanya lagi.
Pada 15 Disember lalu, Intan berkongsi berita gembira apabila bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara.
Intan dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam majlis yang diadakan di lokasi ekslusif One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI