Hiburan

“Yang Komen Tu Semua Fitnah,” – Netizen Tegur Jawline Cantik, Afifah Nasir Nafi Bedah Wajah

Share

Pelakon Afifah Nasir menafikan dirinya ada melakukan sebarang prosedur pembedahan bagi merubah bentuk wajah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Tegas Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, dia hanya melakukan rawatan kulit pada bahagian berkenaan untuk menghilangkan parut jerawat.

“Saya tak pernah buat rawatan yang mengubah muka. Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanyalah berkaitan parut jerawat dan bagi mengekalkan kulit bebas jerawat,” tulisnya.

Jawapan tersebut merupakan respon Afifah kepada soalan seorang individu di Instagram yang mengatakan tulang rahangnya (jawline) kini nampak berbeza berbanding sebelum ini.

Pada masa sama, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, semua komen yang mendakwa dia melakukan rawatan atau pembedahan wajah adalah fitnah.

“Saya tak pernah buat muka, bibir atau apa sahaja bahagian di wajah saya. Kalau nampak orang komen macam tu, itu semua fitnah.

“Alhamdulillah, walaupun tidak sempurna, saya gembira dengan keadaan saya sekarang dan saya tidak akan sesekali mengubah wajah,” kongsinya lagi.

Terdahulu, penampilan Afifah ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila tampil jelita mengenakan gaun berwarna putih bak puteri raja.

Afifah telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Syed Hariz pada tanggal 5 Mei lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Afifah Nasir

Published by
Aizam Manaf