
Meski menerima kritikan selepas ‘terkucil’ waktu membuat persembahan secara ‘live’ di sebuah program hiburan baru-baru ini, Nabila Razali tetap positif dan terbuka.
Malah, dia turut dilihat kekal menitipkan kata-kata semangat di laman Instagramnya.
Jelas penyanyi Peluang Kedua itu, selalunya individu yang lantang mengkritik sebenarnya tidak menyokong naskhah seseorang selebriti.
Atas sebab itu, terus berjuang dan tetapkan matlamat untuk berjaya tanpa mempedulikan mereka yang mengutuk.
“Yang kutuk-kutuk orang ni, they don’t buy your music, they don’t buy ticket to watch your film, they don’t support your drama, they don’t buy ticket to watch your theatre.
“Why should you bother about them. Keep doing what you do best. Set your goals straight. Achieve your dreams,” katanya.
View this post on InstagramCreate, don’t hate. ♥️ Link at bio.
A post shared by Second Chance 💔 (@nabila.razali) on
Pada masa sama, rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat buatnya di ruang komen.
Terdahulu, Bella menerima kecaman hebat apabila gagal menyanyikan lagu Peluang Kedua dengan baik sekaligus menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Foto : Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Ramai Pondan, Mak Nyah Buat Umrah, Tak Jadi Masalah,” – Kes Sajat Bertelekung Di Tanah Suci Dibawa Ke Pihak Atasan, PU Amin Beri Ulasan

Tular di laman sosial apabila usahawan Sajat memuat naik beberapa keping foto ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Tindakannya yang dilihat mengenakan telekung dan memasuki tempat solat wanita menimbulkan reaksi pelbagai dan difahamkan, sudah dibawa ke pihak atasan.
Jelas PU Amin di laman Facebook, ramai petugas umrah di Mekah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana menganggap tindakan Sajat sebagai jenayah, lebih-lebih lagi tindakannya memasuki tempat solat yang dikhaskan buat kaum wanita.
“Saya dapat makluman dari rakan rakan petugas umrah Makkah , kes sajat dan kawan kawan nya telah dibawa ke pihak atasan , ke kementerian haji umrah dan kementerian perlancongan .
“Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa . Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita .
"Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka . Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara . Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang . Pelbagai perkara boleh berkait . Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,” jelasnya.
Malah penceramah bebas ini turut menyatakan visa pelancong untuk pengunjung dari Malaysia turut disekat hari ini namun tidak dapat memastikan sama ada ia berkaitan dengan isu Sajat mahupun tidak.
“Kata mereka juga ‘Hari ini’ pula visa tourist telah disekat oleh kerajaan arab saudi . Ada kaitan atau tidak wallahualam , kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa perlancongan . Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerjaan arab saudi sebelum ini,” ulasnya lagi.
Menurutnya, pihak agensi telah memberi makluman awal agar semua jemaah menunaikan umrah mengikut gender, namun Sajat telah melanggar perjanjian.
“Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini . Travel juga kata mereka langgar perjanjian . Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka . Ini bermakna travel tidak bersalah . Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah . Kesian juga travel kena hentam . Semua ustaz ustaz kita tu .
“Menjadi pengajaran kepada kita semua . Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita,” kongsinya.
PU Amin menegaskan menunaikan umrah ialah satu ibadah yang harus dan baik, namun menjadi kesalahan sekiranya melanggar perjanjian dan bercampur jemaah dengan jantina lain.
“Sajat dan kawan kawan pergi umrah tak salah . Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan kawan . Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan , bercampur dengan jemaah wanita .
“Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah . Tak jadi masalah . Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki . Mereka ikut kaedah dan cara disini. Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, tindakan Sajat memakai telekung dan bersolat di tempat solat wanita mencetuskan kemarahan netizen dan menganggap tindakannya sebagai keterlaluan.
Foto : Facebook PU Amin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia Pada Usia 54 Tahun

Menerima khabar duka apabila pelawak, Hamdan Senario telah pergi dijemput Illahi, kira-kira jam 12.50 tengah tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum ini, Allahyarham Hamdan ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam darah.
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu turut disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee, petik mStar.
Terdahulu, anak bongsu arwah iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.
Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Bagaimanapun, acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan susulan masalah kesihatan yang menimpanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nana Percaya Kecantikan Bermula Dari..” – Rahsia ‘Awet Muda’ Siti Nordiana Terbongkar?

Isi Kandungan
ToggleWanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Trivia Siti Nordiana
- Mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun.
- Nana mempunyai seorang anak lelaki Mohamad Rayyan Nakhaie hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Yusup pada 2006.
- Dilahirkan pada 22 November 1984 di Negeri Sembilan.
- Juara Gegar Vaganza Musim Kedua
- Menjadi pengacara bersama untuk Program Gema Gegar Vaganza bersama Fikry Ibrahim & Achey.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI