Selepas arwah pelakon dan pelawak, Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu, ibu kepada arwah Abam, Sabariah Arshad menjelaskan dia tidak berhubung dengan menantunya, Nor Hidayah Mohd. Ali rentetan pelbagai isu yang timbul, tempoh hari.

Malah jelasnya lagi, dirinya juga enggan memikirkan isu kontroversi yang terkait dengan keluarga dan menantu, Nor Hidayah Mohd. Ali.

Sebaliknya, Sabariah kini hanya mahu memikirkan akan nasib selepas kehilangan anak tersayang.

“Dia tak berhubung dengan mak cik sebab mak cik rasa dia tak ada nombor telefon mak cik dan mak cik pun tak ada nombor telefon dia. 

“Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon dan semuanya nombor telefon anak-anak,” kata Sabariah.

Ads

Pada masa sama, dia juga memilih untuk tidak ambil pusing dan terserah kepada tindakan menantunya yang bertindak keluar rumah selepas kematian suami.

“Mak cik tak ada cakap apa-apa pun… dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, mak cik tak kisah yang mak cik fikir anak mak cik yang dah pergi tu, tak fikir benda lain.

“Tak ada nak fikir dia nak keluar ke, dia nak masuk ke yang mak cik fikir anak mak cik yang dah pergi tu.

Ads

“Siapa yang nak tanggung mak cik makan, saya fikir itu,” terangnya jujur.

Terdahulu, Sabariah ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ads

Kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri ada melakukan sesi temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.

Menerusi temu bual berkenaan, usahawan dipercayai ada bertanya beberapa soalan  menyentuh beberapa isu sensitif hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen, termasuk keluarga arwah.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

Atas perkara yang berlaku hingga mencetuskan viral, pihak keluarga arwah dan Aliff Syukri sudah pun melakukan sidang media secara berasingan bagi menperjelaskan situasi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI