“Yang Masih Ada Rezeki & Pendapatan Tetap, Hargailah!,” – Seksa Alami Serangan Anxiety, Aril Pilus Mahu Kekal Cergas & Henti Ambil Ubat

Share

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memaklumkan baru-baru ini ada menjalani rawatan terapi tulang belakang yang dikendalikan salah seorang sahabatnya.

Sewaktu menjalani rawatan tersebut, Aril dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman supaya tubuh badannya sentiasa berada dalam keadaan cergas.

“Kebetulan aku ada seorang sahabat yang pandai buat terapi tulang belakang ni, kira macam chiropractic juga dan berbekam. So, aku pun buat treatment dengan dia dan dia cakap pergilah bersenam.

“Keluarkan peluh malas ni. Dah tua-tua ni ternak lemak buat apa? Hahaha. Then aku pun buat keputusan untuk tak nak makan ubat tapi bersenam,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Menatap Matamu itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

Selain untuk mengekalkan tahap kecergasan, Aril turut mendedahkan antara sebab mengapa dia harus kekal aktif adalah bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terus mengalami ‘anxiety attack’.

Katanya lagi, ‘anxiety attack’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

“Tujuan aku ikhlas cuma nak share pengalaman. Tak best kena anxiety attack ni dan tak nak korang rasa benda yang sama. Yang mana masih ada rezeki dan pekerjaan, pendapatan tetap bersyukur dan hargailah,” kongsi lagi.

Sementara itu, adik kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus ini turut dilihat sempat menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang mengalami masalah yang sama sepertinya.

“Yang masih survive untuk terus hidup macam aku ni atau lebih worst dari apa yang aku lalui, aku doakan semoga Allah S.W.T limpahi rezeki yang halal untuk korang semua.

“Jangan give up. Moga ada sinar hujung kegelapan. Amin! Terus kekal sihat ye guys,” akhirinya.

Sumber: Instagram Aril Pilus

Published by
Aizam Manaf