Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjelaskan dia percaya kepada rezeki dan penghasilan produk terbaharunya, Inna Nunha bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana jenama inai sedia ada.
Sebaliknya, Neelofa, 33, berkata dia sedia maklum setiap peniaga pasti mempunyai cara tersendiri di dalam memasarkan produk yang dihasilkan.
“Ini bukanlah produk pertama saya. Sebelum ini dalam bisnes saya pernah hasilkan pakaian, tudung dan sebagainya. Selebiriti lain pun pernah juga lakukan perkara yang sama.
“Jadi kita di sini bukan nak bersaing, tidak. Bagi saya rezeki Allah itu luas. Saya juga percaya, setiap peniaga ada cara, strategi dan hala tuju masing-masing.
“Yang melaga-lagakan dan memanaskan ini ialah orang luar dan mereka yang berkaitan, yang mungkin tidak faham dengan konsep rezeki.
“Kita di sini ‘chill’ sahaja. Orang nak cakap apa, mengenai warna begitu begini kita relak,” katanya kepada MH.
Ditanya mengapa soal perbadingan timbul, bekas hos program MeleTOP ini berpendapat perkara berkenaan terjadi kerana ia dipasarkan dalam waktu yang hampir sama.
Malah, inai juga menjadi tular kerana ada yang rasa was-was serta persepsi pengguna sama ada ia boleh dibawa solat atau sebaliknya.
“Ia terjadi mungkin disebabkan oleh produk ini dilancarkan dalam tempoh yang lebih kurang sama dengan jenama lain. Jika sebaliknya, isu ini mungkin tidak akan timbul.
Ads
“Lepas tu pula viral mengenai macam-macam perkara misalnya soal mesra solat, warna dan sebagainya. Di akhirnya, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya.
Tidak melihat sebarang manfaat sekiranya ada netizen bergaduh sesama sendiri mengenai isu yang diperkatakan, ibu kepada seorang cahaya mata memilih untuk fokus mencari rezeki yang berkat.
“Tak payahlah memenatkan kalian punya tangan, mulut dan kepala untuk berbuat demikian. Sebab Allah sudah tentukan rezeki kita semua di dalam setiap perkara.
“Tinggal lagi kita perlu tekankan untuk mencari rezeki yang berkat sahaja. Cari rezeki dengan cara yang baik, tanpa perlu maki hamun, mengecam, menghentam dan sebagainya,” katanya lagi.
Terdahulu, Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memberikan penerangan dan bukti saintifik terhadap inai keluarannya telap air.
Inisiatif tersebut dilakukan bagi menangkis keraguan ramai susulan kekeliruan yang timbul sama ada ia sah atau tidak untuk dibawa solat.
Dalam kemeriahan menyambut kedatangan Aidilfitri esok,mungkin ramai yang terlupa, hari ini adalah malam terakhir Ramadan.
Tidak mahu mensia-siakan nikmat di depan mata, pelakon Aeril Zafrel ada menitipkan pesanan agar menggunakan segala kesempatan yang ada untuk mengumpul pahala.
“SAAT INDAH BERTABUR KEMULIAAN INI BAKAL BERAKHIR…
“Ternyata Ramadhan akan pergi tak lama lagi … .
“Dan seperti biasa kita telah menyia-nyiakannya. Entahlah, apakah kita ini termasuk orang yang bersyukur atau tidak?
“Nyatanya kita telah menyia-nyiakan nikmat umur, nikmat kesempatan dan kesihatan di Ramadhan ini.
“Kita terlalu sibuk dengan persiapan lebaran, sibuk dengan buka puasa bersama, sibuk dengan rencana mau jalan-jalan ke mana nanti di hari lebaran: sibuk dengan dunia.
“Sibuk dengan dunia inilah yang membuat kita tidak tunai membaca paling kurang 1 juz Al-Qur’an sepanjang Ramadhan ini, lalai dari solat malam atau bahkan meninggalkan solat wajib.
“Ternyata Ramadhan akan meninggalkan kita, kawan. Perpisahan menjelang.
“Tetapi, jangan putus asa dari rahmat ALLAH. DIA masih menyisakan hari-hari terakhir ini untuk kita, biidznillah (dengan izin ALLAH subhanahu wa ta’ala). Di beberapa hari di hujung bulan ini mari kita menunaikan azam (tekad; keinginan) kita untuk bertadharu’ (merendahkan diri), bermunajat (doa lirih), bertaqarrub (mendekatkan diri) dan bersimpuh dalam ibadah kepada ALLAH.
“Sisa-sisa hari yang bertabur keberkahan ini jangan lagi kita sia-siakan. Malam-malam indah bertabur kemuliaan ini jangan lagi kita lewatkan. Waktu-waktu mustajab untuk doa-doa kita jangan lagi kita remehkan. Sebab, jika ia luput, luput pula dari kita kemulian dan keagungan.
Berkongsi foto cawan kuning di entri terbaru, Natasha Hudson menyarankan agar kaum wanita bertukar kepada cawan haid bagi mengelakkan pembaziran.
Pelakon ini turut berkongsi cara penggunaan dan menyatakan alat ini akan menampung jumlah darah sewaktu kitaran haid berlangsung. Malah ulasnya, terdapat dua saiz iaitu untuk wanita belum melahirkan dan sudah melahirkan anak.
“I mean why waste money on conventional pads when you have options
Apa itu menstrual cup?
“Menstrual cup adalah alat kesehatan yang bentuknya seperti corong minyak, dengan ukuran lebih kecil dan terbuat dari silikon berbahan aman untuk tubuh. Alat ini digunakan untuk “menadah” darah selama menstruasi, mirip dengan fungsi pembalut. @thehivebulkfoods
“Biasanya, terdapat 2 ukuran menstrual cup: ukuran untuk yang sudah melahirkan dan ukuran untuk yang belum pernah melahirkan. Berbeda dengan pembalut dan tampon yang harus beli baru setiap kali haid, menstrual cup atau cangkir menstruasi ini cukup beli satu kali saja, karena satu buah menstrual cup bisa dipakai dalam jangka waktu yang lama, kira-kira sekitar 10 tahun, dan penggunaannya yang bisa dipakai berkali-kali.
“Cara menggunakan menstrual cup hampir sama dengan penggunaan tampon. Anda perlu memposisikan diri senyaman mungkin, bisa dengan duduk, jongkok, atau salah satu kaki diangkat ke atas. Setelah itu, pegang ujung cangkir menstruasi ini dengan melipatnya seperti bentuk huruf U. Lalu, masukkan ke dalam vagina perlahan hingga ujungnya. Mudah, bukan?” tulisnya memberi penjelasan.
Tegasnya, alat ini mesra alam dan menjimatkan wang.
“@thehivebulkfoods provides solutions for us women. Menstrual cups save the environment. I mean why waste money on conventional pads when you have options. Well it depends what your preference is. You can balance them both out and save a hella lot more,” kongsinya lagi.
Netizen memberikan pelbagai reaksi atas pengenalan kepada alternatif baru ini.
Foto : Instagram Natasha Hudson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali ditawarkan watak antagonis, pelakon Rita Nadira mengakui dia kerap menerima pelbagai kata-kata hinaan daripada penonton dan netizen.
Walaupun begitu, Rita, 25, berkata dia tidak pernah mengambil hati sebaliknya menyifatkan lakonannya berjaya meninggalkan kesan sekiranya penonton ‘membenci’ dirinya.
“Sejujurnya, sampai ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat dan penghinaan yang disifatkan keterlaluan kerana terbawa-bawa dengan emosi lakonan saya.
“Gelaran jahat dan perempuan jalang antara hinaan yang pernah dilempar ke muka saya. Tetapi saya terpaksa telan bulat-bulat.
“Saya percaya apabila dibenci sedemikian rupa, lakonan dipersembahkan berjaya diserlahkan. Kalau begini caranya, saya tak kisah dibenci,” katanya kepada Media Hiburan.
Pelakon tinggi lampai ini juga percaya watak wanita jahat dan penggoda yang sering digalasnya juga berjaya menjadi batu loncatan agar bakatnya dapat diterima penonton drama tempatan.
“Ada sesetengah pneonton anggap saya boleh diberi gelaran ratu antagonis. Saya lihat itu sebagai penanda aras untuk terus berikan yang terbaik.
“Saya anggap ia rezeki, cuma kalau ada kesempatan saya mahu meneroka watak lain juga supaya tidak terus statik,” katanya.
Drama lakonan Rita berjudul Jangan Menangis Cinta kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain Rita, drama arahan Raja Mukhriz itu turut dibintangi Amyra Rosli, Remy Ishak, Halim Radzi dan Idzham Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Nadira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!