Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa berang selepas memaklumkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan peniaga atas talian.
Menurut Fizz, dia dan isteri yang juga merupakan pelaon, Datin Almy Nadia ingin membeli ‘stroller’ bayi di sebuah IG shop namun, peniaga tersebut dikatakan lesap selepas mereka selesai membuat transaksi.
“Kejadian hari ini haha. Kena tipu dengan orang jual stroller haha. Berhati-hati kalau korang beli barang online. Jangan percaya sangat, bahaya sekarang.
“Gunakan saluran yang betul atau peniaga online yang berdaftar. Yang ni memang lahanat babi. Ambil duit, lepas tu diam.
“Kalau nak minta sedekah bagitahu la, jangan menipu tapi jangan risau, polis report on the way haha.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kamar Kamariah itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas Fizz lagi, peniaga tidak bertanggungjawab tersebut dikatakan telah menggunakan gambar pelakon dan pengacara, Ain Endruce bagi mengaburi mata orang ramai.
Lantaran itu, Fizz berharap agar semua pihak dapat berhati-hati lagi selepas ini terutamanya ketika ingin berurusan dengan peniaga atas talian
“Sabar ye sayang. Nanti Allah bagi yang lain okay @almynadiaofficial. Lepas tu siap pakai gambar @ainedruce sebagai dp.
“Kononnya Ain pernah beli dengan dia. Orang ni Indonesia katanya sebab dah check dia ada banyak acc jual stroller ni.. AWAS SEMUA!,” kongsinya lagi.
Menerusi entri berasingan, Almy memaklumkan suaminya itu telah pun membuat laporan polis berhubung isu penipuan ini.
“Alhamdulillah settle dah laporan polis. Lega sikit hati,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram selain turut berharap agar peniaga dapat diberkas oleh pihak polis.
“Penipu ni ramai follower dia. Orang baik-baik tak ramai pulak follower.
“Sebab ada yang jenis scammer macam ni la, customer susah nak percaya penjual macam kami ni.
“Paling takut beli online. Meman begini la jadinya.
“Dek nila setitik, habis sebelangga. Semoga Allah permudahkan urusan dato dan datin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, posting yang dimuat naik oleh Fizz telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz, Almy Nadia