“Saya anggap ini peluang yang sangat besar, sangat bersyukur dan terus terima.”

Demikian kata selebriti popular, Elly Mazlein yang kini menggalas tugas sebagai hos bersama Nabil Ahmad di dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selama 10 minggu bermula semalam.

Elly menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang anak keduanya.

Meski tidak menafikan akan menerima reaksi yang pelbagai susulan keberadaanya di dalam program realiti tahunan itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, bagaimanapun bersyukur sekiranya ada memberikan reaksi positif.


“Bila dapat tawaran, saya fikir mengapa tidak? Malah sebelum ini pun saya pernah menggantikan Jihan. Jadi kali ini peluang sekali lagi datang dan saya cuba.

“Alhamdulillah syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walaubagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.

IKLAN

“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat ‘homework’ lebih dan sebagainya. Macam situasi saya ni, saya cuba buat yang terbaik.

“Sebab kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya, bila fikir nak kekalkan momentum GV itu sendiri,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

IKLAN

Elly yang juga alumni GV tidak menafikan perasaannya bercampur baur sebelum memulakan tugas mengacarakan program berkenaan.

“Sudah tentulah saya rasa gementar, nak ‘pitam’ rasanya. Kita ni gantikan tempat orang. Malah, semua sudah tahu ‘DNA’ program ini ialah hosnya juga iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse selain produksinya.

“Tiba-tiba kehadiran saya ini sebagai ‘jiran baru’. Macam mana ni? Saya kata tidak mengapa… Saya akan kendalikan mengikut cara sendiri dan ikut kemahuan program itu juga.

IKLAN

“Yang bantu saya pun termasuk bintang GV kerana saya sudah kenali mereka. Begitu juga Nabil yang banyak berikan sokongan dan tunjuk ajar,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI