Stesen TV3, menyambut ulang tahun yang ke-37, hari ini. Sejak mula beroperasi pada tahun 1984, TV3 menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan laporan berita terkini dan kandungan program yang berkualiti sebagai sumber ruji kerohanian mereka.
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, beliau berterima kasih kepada semua penonton setia stesen ini dan berharap agar anda terus mendapat manfaat dan terhibur dengan kepelbagaian program yang disajikan.
Ketika rakyat Malaysia sedang memerangi pandemik Covid-19, TV3 tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi slot berita, bual bicara dan dokumentari faktual.
Terkini, kru Majalah 3 telah membuat liputan eksklusif di PKRC MAEPS, Serdang dan Hospital Sg.Buloh, memaparkan kisah sebalik tabir petugas barisan hadapan bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa pesakit kritikal Covid-19.
Paling meruntun jiwa adalah saat-saat akhir pesakit kritikal berkomunikasi dengan keluarga mereka. Episod ini mencapai 4 juta penonton ketika disiarkan pada 17 Mei 2021, pukul 9.00 malam.
Bersempena Ulang Tahun TV3 yang ke-37 juga, Tanyalah Ustaz menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membaca Surah Yasin secara serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Bacaan Yasin ini akan dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Tanyalah Ustaz diteruskan dengan episod istimewa iaitu ‘Sampaikan Walau Satu Ayat’ bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 37 pada pukul 6.30 pagi bersama hos Da’i Hadhari dan Da’i Hakim.
Penonton juga boleh turut serta memeriahkan ulangtahun ini dengan berkongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini.
Tidak ketinggalan juga program TV3 yang sentiasa mendapat hati di penonton setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu Jejak Rasul.
Sepanjang 26 musim, Jejak Rasul membawa penonton TV3 mengembara ke bumi anbia di Asia Tengah, Asia Pasifik, Eropah, Benua Oceania dan Amerika Syarikat untuk memaparkan kisah nabi dan rasul, sahabat dan juga komuniti muslim.
Musim ke-27 menawarkan sedikit kelainan di mana ia membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.
Lokasi strategik yang terletak di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.
Catatan perjalanan kru Jejak Rasul akan dizahirkan dalam sebuah mini pameran yang berkolaborasi dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Program hiburan yang sedang berlangsung di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) dan Sumbang Suara akan menceriakan malam Ahad anda.
Ikuti kedebaran artis jemputan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri ICSYMY4 yang dihoskan oleh Sean Lje dan Shuk Sahar serta dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.
Sumbang Suara pula pasti membuatkan anda pecah perut dengan gelagat hos Elly Mazlein dengan Dato’ Awie dan Hazama yang perlu mencari video nyanyian suara sumbang yang paling menghiburkan!
Slot drama di TV3 seperti slot Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah mengecewakan peminat drama Melayu. Akan datang di slot Akasia bermula 2 Jun 2021, saksikan gandingan baharu Farid Kamil dan Mimi Lana menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu.
Bagi program animasi pula, penonton cilik pasti tidak asing lagi dengan Ejen Ali. Terkini, Ejen Ali juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan hand sanitizer meningkatkan kesedaran adik-adik tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam pandemik Covid-19. Jangan ketinggalan untuk menonton animasi kegemaran anda, Ejen Ali pada setiap hari Sabtu, pukul 11.00 pagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.
Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.
“Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.
“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.
“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.
“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.
Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan segelintir pihak yang dilihat sewenang-wenangnya menjual kucing peliharaan secara terbuka di lokasi awam.
Foto tular tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan ramai pihak. Ada juga menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti ingin mengambil kesempatan.
Antara yang turut memberikan reaksinya berhubung isu tersebut termasuklah penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
Menurut Adibah, sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, mereka sebenarnya boleh bermula dengan menjaga kucing-kucing di jalanan.
Kalau nak pelihara kucing, janganlah nak cari yg cantik dan baka baik sahaja. Lagipun, kalau kucing baka baik ni ada sijil.
Tak perlu beli sebenarnya. Berapa banyak kucing jalanan yg boleh diambil sebagai kucing angkat.
“Kalau nak pelihara kucing, janganlah nak cari yg cantik dan baka baik sahaja.
Lagipun, kalau kucing baka baik ni ada sijil.
“Tak perlu beli sebenarnya. Berapa banyak kucing jalanan yang boleh diambil sebagai kucing angkat.
“Bawak balik, bersihkan dan jaga elok-elok cantiklah dia,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, sekiranya dijaga dengan baik, kucing-kucing jalanan juga mampu untuk menjadi haiwan peliharaan yang cantik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual kucing secara haram.
“Betul. Jaga kucing macam baby. Jangan ingat nak seronok main. Kesihatan, kebajikan sakit dia, semua kena jaga. Ini amanah Allah dan tak perlu beli. Cari kucing jalanan dan bela elok-elok.
“Setuju. Kena bagi komitmen betul-betul nak bela kucing. Bukan bela sebab ikut trend.
“Kesian nampak kucing dalam gambar. Nampak tak terjaga.
“Kesian kucing tu. Sepatutnya Jagalah elok-elok,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.
Terdahulu, tweet tersebut telah pun meraih lebih 2,000 ulang ciap selain turut dihujani ratusan komen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...