Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan Bella dan adiknya, Didi Astillah telah memberi ucapan hari raya aidilfitri kepada peminat.
Di samping itu, Bella turut memberi kata-kata nasihat kepada peminatnya.
“Orang yang paling mulia adalah orang yang mau memaafkan kesalahan orang lain.
“Bersihkan diri, sucikan hati di hari mulia ini mohon maaf lahir batin.
Selamat Hari Raya dari ibu2 peri @didiastillah . @jezzamour”tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut membalas dengan ucapan selamat hari raya kepada Bella.
Terdahulu, isu rumah tangga Bella dan Aliff pernah menghadapi masalah konflik rumah tangga.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 16 Mei yang lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Terbaru, bekas suaminya itu ada menitip kata buat Bella serta cahaya mata tunggal mereka, Ayden Adrean.
Video : Instagram Bella Astillah