Setelah sekian lama berehat, pelakon, Dottie akhirnya kembali meluangkan masanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti senaman.

Bagaimanapun, menurut Dottie atau nama sebenarnya Syuhaida Abraz, dia sebolehnya tidak mahu terlalu mengikuti dengan teknik senaman orang lain kerana menyifatkan setiap orang mempunyai kemampuan berbeza.

“Disebabkan dah lama tinggal jogging swimming hiking badminton, i brisk walk je tadi. Jadilah for starting kan.

“I taknak ikut pace orang lain yang terpaling senaman, i know my body limit.
Badan tengah berat kau berlari naik bukit or turun bukit nanti membahayakan lutut,” tulisnya.

Ads

“Yang Pandang Rendah Pada Plus Size Ni Nak Exercise, Biarkan…,” – Kembali Bersenam, Dottie Buat Ikut Kemampuan “Yang Pandang Rendah Pada Plus Size Ni Nak Exercise, Biarkan…,” – Kembali Bersenam, Dottie Buat Ikut Kemampuan

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Kalau Dah Berbini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Dottie menyeru kepada semua pihak untuk endahkan tanggapan negatif orang lain terhadap mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat.

Ads

“Orang lain nak berlari, biarkan diorang okay. And also yang pandang rendah pada yang plus size ni nak exercise, biarkan diorang juga okay. Yang penting, sihat!

“Alhamdulillah setakat ni I belum ada apa-apa penyakit. Jadi sebelum ada, baik kita elak. Gitchewwwwwww,” jelasnya lagi.

Ads

“Yang Pandang Rendah Pada Plus Size Ni Nak Exercise, Biarkan…,” – Kembali Bersenam, Dottie Buat Ikut Kemampuan “Yang Pandang Rendah Pada Plus Size Ni Nak Exercise, Biarkan…,” – Kembali Bersenam, Dottie Buat Ikut Kemampuan

Terdahulu, Dottie sibuk mempromosikan drama komedi terbaru lakonannya yang berjudul Kalau Dah Berbini yang kini sedang ditayangkan disaluran Astro Warna.

Selain Dottie, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Joey Daud, Ozlynn Wati, Syamel dan Ernie Zakri.

Sumber: Instagram Dottie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI