Pelakon senior, Jasmin Hamid yang menjalani baki penggambaran drama, Cukup Derita Itu bersama para pelakon lain memaklumkan watak yang dibawanya sebagai Mak Ngah Gayah sudah pun berakhir, pada Isnin.
Lalu, Jasmin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat selain meluahkan rasa syukur kerana proses penggambaran dipermudahkan.
“Syukur alhamdulillah. Saya telah selesai jalankan tanggungjawab saya sebagai MAK NGAH GAYAH dalam drama CUKUP DERITA ITU.
“TERIMA KASIH di atas kerjasama yang diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak, dalam drama ini dengan perbagai dugaan yang di tempuhi bersama.
“TERIMA KASIH juga pada uols yang support drama ini DOAKAN urusan kami di permudahkan Allah untuk menyiapkan drama ini hingga selesai.,” ucap Jasmin.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan umum.
View this post on Instagram
Apa yang menarik, Jasmin turut berkongsi tarikh jangkaan tayangan baki drama tersebut yang tertunda tayangannya sebelum ini, iaitu bermula 15 November depan.
“TONTON kami bermula 15 NOV 2021 di @tv3malaysia jam 10pm slot Samarinda MUSIM 2. Sambung Episode 21-40.
“Kita tengok apakah kesudahan watak dan cerita ini. Yang pasti,akan lebih panas..,” tulisnya lagi.
Selain Jasmin, Cukup Derita Itu arahan Along Kamaludin dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Lia Natalia dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama berkenaan mendapat perhatian serta pujian daripada penonton setia drama bersiri tempatan.
Sebelum ini, jadual penggambaran drama rantaian tersebut tertangguh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI