Pelakon, Fazreen Rafi memaklumkan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mengalami keguguran cahaya mata kelima yang sudah mencecah usia 10 minggu.
Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini akur dengan ketentuan Ilahi.
“Alhamdullillah segalanya dipermudahkan, wife faz baru lepas D&C (gugur) bukan rezeki kita.
“Yang penting awk sihat sygku.. luv u, jgn sedih2 ye @symarlina,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat kepada isteri Fazreen agar tabah menghadapi ujian ini.
Sekadar informasi, Fazreen mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.
Foto: Instagram Fazreen Rafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ni Dalam Belly, Sempit Tapi…,” – Anak Yasmin Hani, Throwback Foto Imbasan Ultrasound Masa Dalam Rahim Ibunya
Anak pelakon, Yasmin Hani iaitu Noah Ismail Wong berkongsi foto throwback imbasan ultrasoundnya sewaktu dia berada di dalam kandungan ibunya, lebih enam tahun lalu.
Di ruangan kapsyen, dia yang kini berusia 6 tahun juga sempat berkongsi ‘rasa’ sewaktu berada di dalam perut itu.
“Throwback teruk ni. 2013, masa ni dalam belly mummy, sempit tapi best. Hensem tak?,” tulisnya.
Susulan itu, Yasmin dan suaminya, Sha’arin Razali Wong juga dilihat mengimbau kembali saat mengandungkan Noah apabila turut sama komen.
“Ingat lagi ya Noah, dah due pun tanak keluar lagi. 40 weeks!,” tulis Yasmin.
“Hahaha bam bam boy masa ni,” tulis Sha’arin pula.
Untuk pengetahuan, Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada Oktober 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Noah Ismail Wong dilahirkan pada November 2013 manakala Eiisa Elzander Wong pula lahir pada Disember 2016.
Foto/Instagram: Noah Ismail Wong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ape ni? Hati Panas Betul. Orang Nak Cari Rezeki Pun Ko Pergi Samun. Totally No Respect Bro,” – Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Stail Selebriti Tempatan Di Kuala Lumpur Fashion Award 2021. Masing-Masing Tidak Kalah Gaya
Sebagai kesinambungan Kuala Lumpur Fashion Week 2021, sebuah acara yang buat julung kalinya dianjurkan bagi mengangkat personaliti penting industri fesyen tempatan telah diadakan.
Diberi nama Kuala Lumpur Fashion Award, majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu bergemerlapan dengan stail dan persona setiap tetamu yang hadir. Masing-masing tidak kalah bergaya.
Setiap pereka dan jenama fesyen hadir berpasangan bersama muse mereka masing-masing sebagai satu wajah wakilan yang mencerminkan DNA jenama. Dari selebriti, model sehinggalah pempengaruh media sosial menjadi pilihan.
Jom kita lihat 10 selebriti tempatan yang menghadiri majlis tersebut dan stail rekaan busana yang mereka gayakan.
MARION CAUNTER
Bekas pengacara rancangan Quickie 8TV ini menggayakan busana hasil rekaan Rizman Ruzaini. Dikhabarkan ini merupakan kali pertama wanita anggun ini menggayakan busana rekaan duo pereka tersebut. Pada malam itu dia juga dinobatkan sebagai Fashion Icon of The Year.
SCHA ALYAHYA
Pelakon, pengacara dan usahawan ini tampil chic dan mempersona dalam rekaan pereka fesyen Alia Bastamam. Busana rona putih berlengan panjang itu jelas membawa mesej less is more. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dinobatkan sebagai Most Fashionable Female Celebrity untuk KLFA edisi sulung ini.
REEN RAHIM
Pelakon ini tampil menyerlah dalam pilihan busana dalam rona terang. Menjadi muse kepada jenama MAGlifestyle, penampilan Reen Rahim menitipkan aura playful dan retro.
UYAINA ARSHAD
Pengacara dan pelakon berhijab ini tampil ayu dalam busana rancangan jenama fesyen Ghaania. Busana gaun labuh berona merah jambu dan hitam penuh sesekuin ini dolah sesuai dengan penampilannya yang berhijab.
MIMI FLY
Mimi tampil penuh warna dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Memilih untuk menggayakan gaun labuh lengkap dengan jaket, ia menyerlahkan persona Mimi yang aktif dan outgoing.
DIANA DANIELLE
Pelakon popular ini hadir bagaikan seorang ratu dalam persalinan gaun jenama Ivan Young. Namun tumpuan kepada gayanya adalah headgear yang dikenakan di kepalanya. Hiasan kepala tersebut merupakan rekaan Bremen Wong yang juga pemenang kategori Fashion Innovation pada malam tersebut.
TENGKU AZURA
Supermodel terkenal Malaysia ini tampil ringkas dalam persalinan rekaan Afiq M menerusi padanan rekaan seluar lebar rona hitam dan kot labuh rona kelabu. Pelakon filem Bunohan ini juga ranggi memadankan keselurhan gaya dengan sepatu sukan.
SAZZY FALAK
Pelakon dan pengacara kecil molek ini menyerlah dalam rekaan gaum kembang rona merah jambu rekaan Syomir Izwa Gupta. Melengkapkan gaya keseluruhan Sazzy mengenakan perhiasan kemas berunsur budaya masyarakat India.
UMMI NAZEERA
Pelakon berhijab ini tampil serba hitam dalam busana daripada jenama Kree. Rekaan ekstravaganza ini siap dengan ropol dan kemasan bulu pastinya menarik perhatian mata yang memandang.
SHWETA SEKHON
Miss Malaysia Universe 2019 ini menggayakan busana daripada jenama Laguna Sydney. Gaun rona hijau neon siap dengan hud ini dipadankan dengan jaket dari fabrik ala renda rona putih menyuntik gaya ranggi dalam nuansa feminin.
Siapa selebriti paling ONZ gayanya bagi anda?
BACA JUGA: Cantik Dan Bergaya. 10 Stail Selebriti Tempatan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2021
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI