Pelakon, Ozlyn berkongsi beberapa keping foto anaknya, Moleiq sedang mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga.
Gelagat si kecil itu ketika sedang duduk tahiyat akhir dengan gaya tangan montoknya mencuit hati netizen.
Jelas isteri kepada Johan Raja Lawak itu lagi, setiap anak-anak punya perangai berbeza dan nyata kerenah Moleiq cukup menghiburkan.
“Kdg dgn Moleiq ni x tau la aku nak ckp mcm mane lg.. setiap anak tu berbeza sungguh la perangai.. dia dok paksa kakak dia duk sebaris dgn jemaah lelaki.. ok fine.. baru mula solat dia mai dpn muka aku mintak telekong.
“Tadi sblm mula solat xmo pakai..menyelitlah kita ni di celah kakak dia.. dh di pakaikan kain pulak tah mane dia sorok kan.. haaa lantok la kamu kemahin seksi atas tutup bwh bukak yg x menahan tu tahiyat akhir tu.. org lain kaki boleh duk helok.. hang??? X lepas!! Terjulur kaki pastu dok bersila.. jari tu… jari shontot tu.. comel je.
“Mulut kumat kamit baca konon2.. sblm solat aku dh bisik pasal saf jemaah pompuan.. ehhhhh pak dia kata xpe la.. dia xtau pape.. yg penting dia nak solat.. hahhhhh toksah sibuk la tanya nape aku x solat yek.. aku hamun kang.
“Maklumlah milo ais kaw ada jek sblh nih.. leh sedut trus.. korg tu je la.. x syg ke pahala puasa tu jangan lupa tgk YouTube channel JOZLYNNHANANIA ok.. ada video moleiq solat tuh,” kongsi ibu kepada lima anak ini.
Gelagat anak kelima pasangan itu turut mendapat perhatian netizen di ruang komen.
Pasangan ini diijabkabul pada 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Foto : Instagram Ozlyn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI