
Selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan Aznil menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Insta Stories miliknya.
Difahamkan, sebelum ini ada segelintir warganet yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif kepada arwah dan suaminya, berhubung perkara tersebut.
Lalu, Aznil menasihati semha untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tidak bercakap buruk kepada orang lain seterusnya mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Yang pernah kutuk dan fitnah sarah masa kes macau scam aritu sekarang faham tak erti satu kemaafan? Dan faham tak erti kelewatan meminta maaf?
“Tu sebab jangan bercakap dari mula-mula. Diam lebih baik. Hanya Sarah yang boleh maafkan kamu. Sekarang orang yang nak memaafkan kamu sudah tiada? Allah tak boleh maafkan kamu.
“Oleh itu, berhenti lakukan pada orang lain selepas ini,” tulisnya.
Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Banyak Bantu Tapi Saya Senyap Sebab Tak Nak Orang Cakap Riak Dan Mak Pun Dah Pesan,” – Alhamdulillah, Aliff Syukri Sebenarnya Sudah Derma Puluhan Ribu Bantu Krisis COVID-19

Usahawan kosmetik, Dtuk Seri Aliff Syukri meminta sektor berkaitan dalam mengekang penularan waak COVID-19 supaya menghubunginya bagi memudahkan proses bantuan untuk dihulurkan.
Kata Aliff menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini optimis dan bersedia membantu meringankan beban dengan memberikan bantuan seperti makanan, wang ringgit dan sebagainya.
“Kepada jabatan polis, askar,hospital yg perlukan bantuan sy sedia membantu dari segi makanan , duit dan sebagainya… (hanya mereka yg bertugas untuk carola virus sahaja ya bukan personal) boleh wussp no di bawah… 0192800681.
“Sebenarnya saya dah banyak bantu tpi sy senyap sbb sy tak nak org cakap sy riak dan mak saya pun dah pesan.
“Ok dah, kalau begitu berapa ramai korang yang nak saya bantu dan saya tambahkan lagi RM30k serta boleh komen pada ruangan di bawah.
“Dan saya akan buat video di youtube sy tv terlajaklaris. Apabila saya buat video, jangan pula korang kata saya nak menunjuk kali ni,” tulisnya lagi.
Aliff pada masa sama turut meminta pihak Public Health Malaysia supaya menghubungi pengurusnya bagi proses sama.
“Kepada Public Health Malaysia, plz wussp manager saya pada no 0192800681 untuk saya bantu. Jangan cakap abg tak bantu lagi tau.
“Dan kepada pengguna produk abang, ini adalah hasil daripada anda semua.Jadi abang salurkan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan di dalam kesusahan,” kata Aliff lagi.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Terdahulu, menerusi platform sama, Aliff juga turut meluahkan rasa apabila apabila kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang negatif segelintir masyakarat.
Malah, berita kononnya pihak tidak membantu turut tular.
Mungkin ramai yang tidak tahu, pengasas produk D’Herbs Terlajak Laris itu turut menjelaskan dia sebenarnya sudah menderma berpuluh ribu ringgit namun enggan menghebahkan perkara itu kepada orang ramai.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Jadi Macam Michelle Yeoh,” – Kerjaya Awal Sebagai Stuntwoman, Ini Impian Trisha Ooi

Menganggap kerjayanya masih baru, pelakon Trisha Ooi akui tidak mengangka namanya bakal dinobatkan selaku pemenang anugerah Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), baru-baru ini.
Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, anugerah tersebut membawa makna yang sangat besar buat dirinya yang memulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri.
“Saya mula menceburkan diri di dalam industri ini sebagai pelakon lagak ngeri. Saya ada pasang impian satu hari nanti nak jadi seperti Datuk Michelle Yeoh. Jadi, saya ada bermimpi untuk memegang trofi FFM.
“Tak sangka pula impian itu tercapai seawal ini. Saya hanya mendoakan yang terbaik. Kalau bukan saya yang menang, mungkin kawan-kawan saya.
“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi tapi alhamdulillah untuk segalanya,” katanya kepada MH.
Ditanya bilakah dia meletakkan sasaran untuk menggengam anugerah, Trisha menyerahkan segalanya kepada yang masa Esa.
“Saya berharap dapat kekal didalam industri ini sebagai pelakon yang baik dan versatil selama yang boleh. Untuk meletakkan bilakah waktu yang sepatutnya saya menang itu, pihak juri lebih arif.
“Namun, ini juga rezeki yang dipinjamkan oleh Allah. Kalau Dia kata hari ini, hari ini jugalah akan terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Senyawa ini akui tidak dapat menahan sebak saat namanya diumumkan selaku pemenang pada FFM33 yang lalu.
“Saya memang tak dapat menahan sebak. Segan juga saya. Bila di luar orang nampak saya kuat buat filem aksi, bila atas pentas menangis pula.
“Saya memasang impian yang besar dan bekerja dengan sangat keras. Namun, tak adil juga untuk saya kata begitu. Orang lain juga bekerja keras.
“Saya tahu betapa susahnya untuk buktikan kepada diri sendiri dan ahli keluarga yang saya mampu menjadi pelakon terbaik. Ibu juga tidak henti mendoakan saya. Bila doa itu makbul, saya jadi sebak,” kayanya lagi.
Malah, dia berharap agar kemenangan tersebut dapat membuka mata banyak pihak untuk memberikan peluang buat pelakon-pelakon baharu untuk menunjukkan bakat mereka di layar perak.
“Sebagai seorang pelakon baharu, kekuatan saya adalah dalam genre aksi. Sudah tentu saya mahukan para produser dan pemain-pemain industri untuk percaya kepada bakat-bakat baharu seperti saya yang bermula sebagai pelakon lagak ngeri.
“Malah, Jannah Edoro ini juga melalui banyak liku-likunya. Bila filem ini ditayangkan, promosinya juga tak kuat. Ramai yang tak tahu tentang filem ini.
“Bila saya menang pada malam ini, saya harap lebih banyak pelakon baharu diberikan ruang,” akhirinya.
Terdahulu, Trisha berjaya menewaskan empat lagi pelakon wanita hebat iaitu Harissa Adlynn (The Lord Musang King), Teoh Ying Pei (The King Of Musang King), Zera Hariz (Syif Malam), dan Takahara Suiko (Imaginur).
Ini merupakan kemenangan pertama Trisha dalam karier lakonannya sejak mula menceburi industri seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru

Selepas muncul menerusi single berjudul Keliru hasil kolaborasi bersama rapper muda, Lil J, penyanyi, Ara Johari tidak mengambil masa lama untuk melancarkan single terbarunya yang bertajuk Sumpahan Salju.
Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, karya ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry ini sebenarnya mengangkat kisah dongeng popular dunia ‘Show White’.
Katanya lagi, lirik-lirik yang diketengahkan juga banyak berkait rapat dengan kisah dongeng rakyat tersebut.
“Sumpahan Salju adalah sebuah adaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak yang popular iaitu ‘Snow White’, dan kalau pendengar amati bait-bait liriknya, pasti mengerti dengan jalan cerita lagu ini.
“Saya sebenarnya gemar dengan melodi-melodi yang unik, dan lagu ini nyata berbeza daripada ‘genre’ yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma pada kali ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ara turut mendedahkan Sumpahan Salju turut mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa terutamanya daripada aspek pemilihan fesyen yang ditonjolkan di dalam muzik video.
Demi memberikan kelainan, muzik video lagu Sumpahan Salju ini juga menerapkan elemen Jawa dan Barat yang belum pernah dicuba Ara sebelum ini.
“Saya sentiasa cuba memperbaiki penampilan diri dari segi berfesyen agar sejajar dengan perkembangan muzik yang saya bawakan. Bukanlah berubah seratus peratus, saya masih Ara, cuma lebih ‘up-to-date’.
“Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep ‘single’ Sumpahan Salju, ia juga memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan Barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini.
“Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza dalam MV ini, dan kalau hendak tahu lebih lanjut, kena lah tonton!” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, meskipun kini dia sibuk mengurus perniagaan restorannya, namun, kerjayanya sebagai penyanyi tetap diberikan keutamaan.
“Alhamdulillah perniagaan saya semakin berkembang dengan tertubuhnya cawangan di Klang, tidak menang tangan dibuatnya!
“Namun begitu, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu. Ceritanya begini, ketika itu saya berada di studio muzik bagi mendengar ‘material’ baru daripada abang Zimi (Ziin) dan terus terpikat dengan melodi Sumpahan Salju yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.
“Setelah itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas, ia mengambil tempoh kurang dari tiga jam sahaja, manakala selebihnya abang Zimi yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mempercantikkan lagi bunyi lagu tersebut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, lagu Sumpahan Salju kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman digital manakala muzik videonya pula juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI