Pelakon dan pengacara, Nabila Huda berharap agar jumlah kes kematian akibat Covid-19 yang semakin meningkat hampir setiap hari ini dapat membuka mata semua pihak untuk menyedari betapa bahayanya krisis pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.

Menurut Nabila, sekiranya masih ada lagi pihak yang merasakan Covid-19 ini sebagai satu wabak yang sengaja direka-reka, dia berharap agar mereka semua dapat kembali berpijak di bumi yang nyata.

“Kepada sesiapa yang rasa Covid-19 ni tak real, saya harap kehilangan ini yang paling buat semua terasa dan dekat pada hati kita. Allah nak tunjuk. Allah dah bagi kita turut rasa kesakitan kehilangan dah ni.

“Kalau masing-masing masih ada pendapat sendiri tentang Covid-19 ni dibuat-buat, tak tahulah nak cakap macam mana. Maknanya anda masih hidup dalam ‘living in denial’.

“Mereka yang spread negativiti tentang Covid-19 tak real ni, harap boleh berterusan living in denial sampai satu hari nanti, anda akan kehilangan keluarga tercinta disebabkan benda yang korang tak percaya ni. Teruskan living in denial,” tulisnya.

Ads

“Yang Rasa Covid-19 Ni Tak Real, Saya Harap Kehilangan Ini Yang Paling Buat Semua Terasa,” – Nabila Huda

Luahan tersebut disuarakan oleh pengacara program, Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Dikesempatan itu juga, Nabila turut menyeru kepada semua pihak untuk segera mendapatkan vaksin yang juga merupakan salah satu ikhtiar bagi memerangi wabak Covid-19 ini.

“Dear friends and family, pergilah vaksin. Bukan kita nak letak 100% kepercayaan, tapi kita usaha. Walaupun kita tetap berdoa dijauhi tapi kita kena berusaha juga cari cara lain. Buanglah pemikiran ‘eleh kalau vaksin pun tak menjanjikan kita tak dijangkiti’.

Ads

“Tak payah fikir jauh sangat. Kita usaha je guna jalan apa yang diberi. Tolong la, berapa ramai lagi kehilangan kita nak tengok sebab Covid-19 ni. Janganlah degil please. Buanglah sikap berfikiran negatif tu atau spread negativiti. Sudah-sudah la tu,” jelasnya lagi.

“Yang Rasa Covid-19 Ni Tak Real, Saya Harap Kehilangan Ini Yang Paling Buat Semua Terasa,” – Nabila Huda

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan agar krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini akan segera berakhir.

“Sangat pelik dengan manusia yang masih kukuh dan yakin covid ni cuma mainan.

Ads

“Boleh hantar direct among friends or family member yang masih ingat covid is a joke, vaccine adalah sekadar business.

“Covid-19 is a real thing. Tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu tak percaya kan,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

“Yang Rasa Covid-19 Ni Tak Real, Saya Harap Kehilangan Ini Yang Paling Buat Semua Terasa,” – Nabila Huda

Sekadar informasi, Nabila juga merupakan salah seorang selebriti yang pernah disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu.

Sumber: Twitter & Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI