Baru baru ini Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal kerana dilarang menukar lampin bayi di tandas RM2.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Fazley telah memuat naik video mengenai sebuah tandas standard ‘premier’ si sebuah pusat membeli-belah di KLCC.
Chef selebriti itu mendakwa dia bersama isteri dan anak kecilnya dilarang masuk ke dalam tandas berkenaan untuk menukar lampin bayi dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau najis bayi.
Ads
Bukan itu sahaja,,bermacam alasan kukuh cuba diberikannya, namun pengurus terbabit tetap berkeras tidak membenarkan mereka menggunakan tandas berkenaan.
Hari ini,menerusi kemas kini terbarunya di Instagram, Fazley memuat naik gambar maklum balas dari pihak pengurusan suria KLCC yang memohon maaf diatas kesilapan dari pihak mereka yang tidak menggunakan budi bicara berhadapan situasi kecemasan seperti itu.
Bagaimanpun, Fazley memohon agar mereka yang tidak tahu cerita penuh tersebut tidak mudah menghakimi niat beliau kerana perkara sebegini pernah berlaku kepada orang lain.
Ads
Difahamkan, kes berkenaan sudah pun selesai dan Fazley berharap agar perkara sebegini tidak akan berlaku di masa akan datang dan dia juga menjemput ‘kakak manager’ tersebut untuk makan di @sukasucrebistro dengan harapan supaya beliau akan lebih lembut hatinya untuk berhadapan dengan pelanggan.
Sumber : Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!