Pelakon dan pengacara, Nabila Huda akui kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang dikatakan seperti sengaja ingin mencari kesalahan bagi menyebarkan kebencian terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Nabila, dia sendiri tidak faham mengapa sikap seperti ini masih lagi berterusan meskipun Perdana Menteri kita sudah silih berganti.
“Hari tu tiada Perdana Menteri bising, marah dan tak puas hati sebab lama tunggu. Sekarang dah ada tak puas hati pula.
“Sebelum-sebelum ni tak suka, yang baru pun tak suka. Habis nak yang mana ni? Semua ada je tak kena. Sampai kasut orang tu pun kau nak investigate berapa harga. Apa benda korang ni?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon telefilem, Halimun itu menerusi beberapa hantaran di Twitter.
Pada masa sama, Nabila turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar urusan perdana menterik kita sentiasa berjalan dengan lancar.
“Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. Kite doakan our Pm10 supaya urusan dia berjalan dengan lancar.
“Yang penting sekali tolong doakan sahabat saya,Nad Zainal supaya dia kembali sihat ya. Have a great day ahead everyone,” kongsinya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berhubung isu kasut kulit berjenama Louis Vuitton yang dipakai oleh Datuk Seri Anwar yang dikatakan berharga lebih RM5,500.
Isu tersebut dikatakan sengaja dibangkitkan sebagai sindiran terhadap keputusan Anwar menolak penggunaan kereta jenis Mercedes S600 yang disediakan khas buat Perdana Menteri.
Lantaran itu, Anwar telah pun tampil memberikan responnya berhubung isu tersebut menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Jelas Anwar, kasut tersebut adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dua tahun yang lalu.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 29, 2022
“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” kata Anwar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Nabila Huda & Anwar Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI