Penyanyi, Kaka Azraf menyifatkan banyak kelebihannya sekiranya setiap pasangan memilih untuk berkahwin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Selain menjimatkan, Kaka turut mendedahkan perkahwinan sukurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa sunyi terutamanya ketika menempuh detik sukar ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

 “Bak kata kak @iramohdamin, seronoknya PKP dengan pasangan. Yup, true. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok jugak buat benda-benda bodo bersama HAHA . Masa ni lah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan kita.

“I sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwin lah time PKP ni. Jimat and you tak lonely.

Ads

“Slide untuk tengok activity bodo kami. #wrestling wehh! HAHAHAHA
Sorry sayang, i had to post this @helloadamazriff,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dimuat naik oleh penyanyi lagu, Gila itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Malah, Kaka turut dilihat berkongsi beberapa video memaparkan telatah lucunya bersama suami.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terhibur melihat perkongsian pasangan suami isteri tersebut.

“Yang Sedang Bercinta, Kahwinlah Time PKP Ni. Jimat & You Tak Lonely,” – Kaka Azraf “Yang Sedang Bercinta, Kahwinlah Time PKP Ni. Jimat & You Tak Lonely,” – Kaka Azraf

Ads

Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Adam Azriff pada tanggal 14 Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Instagram Kaka Azraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI