Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada berkongsi satu video telatah gurauannya bersama sahabat, Fad dan Allahyarham Abam sewaktu berkerjasama dalam menjayakan sebuah program.
Menurut Achey, dia amat merindukan kehadiran Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar apatah lagi untuk berkerjasama bersama kesemua ahli kumpulan Bocey itu.
“Allah rindunya nak berkerja dengan budak bertiga ni. Tapi yang selalu jadi mangsa mestilah arwah.
“Kenangan macam ni yang kami paling rindu Bam. Moga tenang di sana. Satu masa kami menyusul,” tulisnya.
Video berdurasi 15 saat itu dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berkongsi rasa sedih selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat persembahan kumpulan lawak tersebut.
Terdahulu, selepas kejayaan lagu Sakit yang memperoleh jumlah tontonan lebih 28 juta di laman Youtube, Achey difahamkan bakal kembali dengan single terbarunya tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Achey Bocey