Pelakon Nelydia Senrose ada berkongsi beberapa foto percutiannya di Langkawi yang turut disertai ahli keluargnya yang lain.
Sambil menikmati keindahan pulai di lokasi sekitar, bintang filem Jebat ini juga dilihat ada melakukan aktiviti berlibur bersama famili, termasuk melakukan cabaran ‘terjun’ dari kapal persiaran yang dinaiki.
Perkara tersebut dimuat naik adik kepada Uqasha Senrose ini menerusi beberapa potong video di Insta Stories.
Ia merakamkan detik pelakon ini yang pada awalnya agak ragu-ragu untuk terjun, apatah lagi apabila ia turut disaksikan individu lain.
Ads
“Kena paksa lompat form yacht. Yang takut tinggi dan gayat je faham,” tulisnya pada video yang dikongsi.
Pada masa sama, dapat dilihat aksinya yang takut-takut sambil meminta yang lain agar bertenang.
Ads
Menyahut cabaran, Nely dilihat mengatasi rasa takut lalu terjun.
Ads
“So i conquered my fear dan finally jumped,” tulisnya berselang emoji.
Foto: Instagram Stories Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Scha Alyahya mengakui pemergian ibunya, Allahyarham Junainah Hashim pada 7 Disember tahun lalu sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya.
Scha, 41, yang berkongsi kisah tersebut dalam podcast Wardah Heart to Heart bersama Dayah Bakar itu berkata, dia masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan insan tercinta itu.
“Semasa ibu saya meninggal dunia pada Disember, itu perkara yang paling saya takut. Saya rasa macam hidup ini sudah tidak ada tujuan. Ibu saya adalah suri teladan saya.
“Dia sangat kuat. Ramai yang cakap dia ada dalam diri saya ke mana saja saya pergi. Tetapi saya masih dalam proses bersedih. Memang akan ambil masa. Saya bukan cuba untuk move on tetapi kena move forward,” katanya.
Sebagai anak kedua dalam keluarga, Scha sangat rapat dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala perkara dan pemergiaan Allahyarhamah membuatkan dia merasa kehilangan yang sukar digambarkan.
Ibu Pembuka Laluan Ke Dunia Seni
Dalam perkongsiannya, Scha antara lain turut mendedahkan, ibunya menjadi individu yang memainkan peranan penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya pernah jadi pramugari sebelum ini. Bila dah dapat apa saya nak, saya berhenti. Bila ibu saya tengok saya tak buat apa-apa, dia yang hantar borang untuk masuk pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.
“Saya masuk dan menang, alhamdulillah. Ketika itu, saya rasa diri saya macam tak layak masuk dalam industri.
“Tetapi rezeki tertulis dalam bidang ini, saya teruskan mencuba juga. Dan 19 tahun masih di sini, saya rasa itu berkat doa ibu saya,” ujarnya lagi.
Scha turut bercerita mengenai tentang rutinnya sebelum ini yang sering menghubungi ibunya setiap hari dan sentiasa meminta pandangan arwah tentang setiap perkara.
“Bila saya keluar bekerja atau melancong ke luar negara, saya akan video call dia sekurang-kurangnya dua atau tiga kali.
“Bila saya dapat skrip, ibu saya yang akan baca. Bila ibu dah tak ada sekarang, saya rasa satu kehilangan besar dalam hidup,” luahnya.
Dedah Rutin Baru
Mengakui tidak mampu menanggung kesedihan seorang diri, Scha menjelaskan, dia kini kerap bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Sejak ibu saya pergi, saya ada satu rutin baru. Saya akan duduk dan renung diri. Saya buat terapi sendiri iaitu bercakap dengan Allah. Sangat sakit untuk saya simpan sendiri,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan nasihat penonton supaya sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.
“Sejak ibu saya meninggal, saya selalu ingatkan dekat kawan-kawan selagi ada, jaga. Tak kisah la ada momen tak bercakap atau pernah bergaduh.
“Saya nasihatkan untuk letak tepi semua itu kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita. Allah boleh ambil bila-bila masa saja. Kita tak nak, apabila sudah terjadi baru nak sedar.
“Jadi, saya harap kalau ada orang yang kita sayang, kita luahkan rasa sayang itu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Tak kisah sama ada menerusi kiriman mesej, panggilan telefon atau pulang terus ke kampung,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan dia bakal melakukan acara merisik buat anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, minggu hadapan.
Akui berdebar tetapi teruja, pelakon drama Kiah Pekasam yang mesra disapa Che Ta ini bagaimanapun terbuka apabila bercakap mengenai pilihan hati anak-anak.
“Tak kisah siapa pun Ammar pilih, saya hanya nak anak saya bahagia. Sebagai suami, Ammar perlu mendidik isterinya menjadi lebih baik.
“Tapi, bila dapat isteri berhijab lebih mudah. Lagi satu, bakal isteri Ammar ini juga bukan jenis yang jenis suka main media sosial,” katanya, petik Berita Harian.
Rozita menambah dia yakin wanita yang juga lulusan universiti itu mempunyai keperibadian baik biarpun baru dua kali bertemu.
“Apa yang saya tahu keluarga bakal isteri Ammar orang baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke Malaysia dan pernah bermain golf bersama Ammar,” katanya.
Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Rozita memberi bayangan majlis pernikahan hanya akan dilangsungkan setahun lagi.
“Keluarga bakal menantu mahu anak sulung mereka terlebih dahulu. Selepas itu, barulah diikuti dengan majlis Ammar.
“Bagaimanapun, mengenai majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...