Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn. Bhd, Ustaz Muhammad Al-Fadzil Hidzir yang turut memiliki rumah produksi mengambil berat terhadap kandungan setiap naskhah yang diterbitkan pihaknya bagi menjaga sensitiviti demi menjaga imej baik syarikat syarikat.
Menurut Ustaz Al-Fadzil, ketelitian yang dilakukan termasuk daripada segi penghasilan skrip selain menjaga babak-babak tertentu bagi mengelakkan salah faham penonton sejurus ia ditayangkan di kaca TV.
“Bagi saya penjagaan terhadap pembikinan skrip memang amat penting, lebih-lebih lagi bila melakukan penggambaran di Tanah Suci. Ada adab tertentu yang perlu kita jaga. Bukan sekadar di Tanah Suci semata-mata, tetapi di negara sendiri juga.
“Sebab sesebuah karya yang dihasilkan akan ditonton oleh ramai orang. Mereka yang menonton televisyen bukan sahaja golongan dewasa yang reti tapis apa yang baik dan sebaliknya, tetapi juga kanak-kanak.
“Misalnya apa yang dikatakan itu tidak ditapis, dengan kata-kata yang tidak baik ia boleh menjadi satu pembelajaran dan mungkin akan timbul masalah. Jadi bagi sayalah, skrip yang hendak dikeluarkan itu perlu dijaga dan ditapis.
“Termasuk adegan juga perlu dijaga sensitivitinya. Saya juga ada berbincang dengan produksi kalau boleh adegan yang keterlaluan tak ada pun tidak mengapa. Ada pelbagai cara yang boleh kita adaptasikan untuk jadikan ia lebih baik,” katanya.
Ads
Ustaz Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd di Shah Alam, pada Ahad.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan syarikat berkenaan selepas 10 tahun menyediakan pelbagai servis kemudahan kepada pelanggan, Ustaz Fadzil terharu atas sokongan semua pihak sejak mula ia ditubuhkan.
“Kita bermula sebagai peneraju pakej pelancongan dengan kadar yang berpatutan dan alhamdulillah kita menjadi syarikat yang paling banyak bawa kumpulan pelancong kita ke luar negara.
“Kemudian kita kembangkan kepada pelbagai cabang bisnes yang ada potensi, misalnya menghasilkan produk kesihatan, perkilangan, produksi televisyen, cawangan bekam, hartanah dan sebagainya.
Ads
“Tidak dinafikan, ketika dalam fasa pandemik Covid-19, bisnes kecil inilah yang membantu dan menyokong meneruskan survival Kembara Sufi. Malah sekarang kita pun ada tawarkan perkhidmatan kepada mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan produk sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pihaknya turut menawarkan pelbagai tawaran menarik bersempena dengan sedekad penubuhan Kembara Sufi dan ia boleh dirujuk menerusi platform media sosial mereka.
Rumah produksi Kembara Sufi cukup aktif di dalam menerbitkan nakshah drama tempatan, program travelog selain ada merancang untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk kerohanian selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang menyuarakan cadangan untuk memboikot make up artis (MUA) dan tata rias pengantin dari kalangan pondan.
Menurut Adibah, juru soleknya ketika ini adalah daripada golongan berkenaan dan menyifatkan mereka sebenarnya orang yang paling bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban keluarga.
Perkongsian tersebut telah disuarakan oleh Adibah memerusi Twitter miliknya.
“MUA saya dlm golongan ini. Mereka yg jaga ibu bapa sampai ke akhir hayat. Menyara keluarga, adik beradik “straight” yg penagih dadah, penganggur, malas bekerja. Masuk waktu, sarung kain pelikat, tshirt tunaikan solat.
“Dicerca, tapi time nak pinjam duit, merekalah juga dicari,” tulisnya.
Jelas Adibah, golongan ini sanggup menjaga ibu bapa mereka hingga ke akhir hayat malah turut menyara adik-beradik yang bermasalah.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Adibah itu selain turut menyifatkan mereka hanya mencari rezeki dengan menggunakan kepakaran yang mereka miliki itu.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter telah bertindak menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan khidmat juru solek dan tata rias pengantin daripada golongan pondan kerana menganggap perkara tersebut akan menggalakkan mereka terjebak ke dalam kancah LGBT.
Bagaimanapun, individu tersebut telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara tuduhan yang tidak berasas itu selain disifatkan sebagai mahu menutup pintu rezeki orang lain.
Foto: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan mengenai kelahiran cahaya mata kedua, kini giliran penyanyi, Idayu pula berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahir cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.
Ia sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahunnya bersama suami.
Memetik laporan Mstar, Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, bayi tersebut telah selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Katanya lagi, pada awalnya dia jangka melahirkan bayi tersebut secara normal namun apabila bukaan telah mencecah 7cm, pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan bayi tersangkut di tali pusat.
“Ikutkan saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan dah 7cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.
“Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan tidak stabil. Sekarang pun baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah keadaan sekarang dah semakin baik.
“Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun…dapa juga buah hati,” katanya seperti yang dipetik.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Idayu memaklum dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka Aryan Rifai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat anaknya itu.
Terdahulu, Idayu telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Shahrul Fadzil pada Mei 2014.
Sumber: Mstar & Instagram Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hai korang! Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua.
Pagi ni, MH kasi throwback sikit antara TOP 5 cerita yang tidak boleh dilupakan semalam.
1. Tahniah! Akhirnya, Fasha Sandha Mengikat Tali Pertunangan
Pelakon popular itu akan bertunang dengan Adil Aziz pada minggu ini dalam satu majlis tertutup. Ia akan diraikan bersama keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Perkenalan mereka bermula apabila digandingkan menerusi sitkom Mamu Mami Gosip.
2. Sikap Terpuji Marsha Jaga Ibu Mertua Ketika Solat Depan Kaabah
Sikap terpuji Marsha telah mendapat perhatian apabila dia menjaga ibu mertuanya yang sedang solat di hadapan pintu Kaabah.
Marsha berbuat demikan kerana untuk memberi ruang kepada ibunya yang melakukan ibadah sementara dikelilingi orang ramai.
3. Hafiz Mahamad Hadiahkan iPhone XS Max Buat Si Isteri
Sering memberikan kejutan, Intafamous Hafiz Mahamad kali ini memberikan telefon bimbit keluaran Apple iaitu iPhone XS Max buat isteri tercinta Syafiqah Aaina. WOW!
4. Teman Wanita Rappers, Puff Diddy Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Siapa tak sedih bila kehilangan orang tersayang,kan?
Itulah perasaan yang dialami rapper terkenal, Puff Diddy apabile mendapat tahu teman wanitanya meninggal dunia setelah dikejutkan ahli keluarganya ketika tidur petang.
Kematian kekasihnya itu berpunca daripada selsema dan pneumonia beberapa hari lalu.
5. Ini Senarai Filem Melayu Yang Kurang Dapat Sambutan, Mana Satu?
Antara filem tempatan yang kurang dapat sambutan dari orang ramai adalah seperti Bidong The Boat People (RM3,000), Enjin No 9 (Rm 7,000), Hantu Wangan (RM89,000), This Is Pilah (45,000) dan Badang (RM93,000).
Disusuli filem Qhaliq, Buskers, Bukan Cinta Malaikat, Makrifat Cinta dan Blok 404 yang hanya mencatat jumlah kutipan kurang RM200,000 sahaja.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad tampil sebagai pengganti kepada rakan hos program Gegar Vaganza 11 (GV11), Jihan Muse bermula minggu kelima konsert.Untuk minggu-minggu...