Penyanyi Singapura, Yazid Lovehunters diumumkan sebagai peserta yang tersingkir menerusi saingan minggu ke lima program realiti popular, Gegar Vaganza (GV11), malam tadi.
Yazid yang mempersembahkan lagu Doa Buat Kekasih duet bersama Ruhil Amani Hussin, gagal memikat hati barisan juri dan hanya meraih markah paling rendah iaitu sebanyak 57.60%.
Ads
Komen Datuk Syafinaz Selamat
“Saya lebih suka suara awak sendiri, lebih natural. Jadi pada saya tak perlu masukkan roh siapa-siapa, ada sedikit laid back, it’s a feel good performance,” antara komen yang diberikan juri. Datuk Syafinaz Selamat.
Dua peserta lain yang turut berada dalam kedudukan tiga paling bawah ialah Reshmonu (duet bersama Amelina) dan Arrora Salwa (duet bersama Hady Mirza) masing-masing dengan 58.50% dan 57.70% markah.
Ads
Sheila Abdul Nombor Satu!
Sementara itu, Sheila Abdul yang berpadu suara dengan Jaclyn Victor menerusi lagu popular Ernie Zakri, Ku Bersuara pula sukses berada di kedudukan pertama minggu ini dengan peratusan sebanyak 79.10%.
Ini dia kedudukan markah semua peserta yang masih bersaing di dalam minggu kelima GV11;
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Gara-gara didakwa mengasari dengan cara mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak, individu yang dipercayai seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas perkara tersebut dilaporkan pengurus stesen minyak berkenaan.
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Ampang, Selangor pada Rabu kira-kira jam 4.00 petang.
Seorang saksi kejadian mendakwa, insiden berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya.
Atas perkara tersebut, netizen membuat pelbagai spekulasi dan ‘memetik’ beberapa nama memandangkan ia melibatkan seorang penyanyi ‘baru nak up’ yang masih muda remaja, termasuk Haqiem Rusli.
Bagaimanapun menerusi Twitter, bintang yang sinonim menerusi lagu Tergantung Sepi itu ada memuat naik satu status terkini awal petang tadi, seolah-olah memberi penjelasan andai apa pihak yang mengaitkan kes tersebut dengan dirinya.
“Kat rumah je ni, janganlah main tuduh-tuduh,” tulisnya ringkas lalu disusuli dengan pelbagai komen pengguna Twitter lainnya.
Sementara itu, lelaki terbabit telah pun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut. Difahamkan artis terbabit sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan usahawan, Uzair Haqimy Azman menerusi syarikatnya, LXM Resources mengemukakan tuntutan guaman terhadap syarikat milik pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok iaitu WD Food Group Sdn Bhd.
Ia susulan WD Food Group Sdn Bhd didakwa telah melanggar perjanjian dalam pembayaran sewa kenderaan yang melibatkan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM808,260.
Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly sebagai plaintif menyediakan perkhidmatan logistik, telah membuat dua perjanjian perkhidmatan sewa kenderaan dengan WD Dood (defendan) bagi tempoh 24 bulan untuk setiap perjanjian, bermula pada 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2024.
“Pihak kami telah mengambil tindakan undang terhadap syarikat WD Food Group Sdn Bhd dimana pemilik saham terbesar adalah Mohd Azwan Md Nor atau Wak Doyok.
“Diantara LXM Resources dan WD Food Group Sdn Bhd, kami telah membuat perjanjian di syarikat kami telah menyediakan perkhidmatan transportasi bagi penyewaan WD Food Group Sdn Bhd untuk menjalankan perniagaan,” katanya kepada MH.
Uzair berkata demikian pada sidang akbar yang berlangsung di pejabatnya di Danau Kota pada Jumaat.
Turut hadir peguam Uzair iaitu Ismail Mohamed Arifin dari Tetuan Gulam Ismail & Adila.
RM808,260 Termasuk Denda & Klausa Penalti
Sementara itu, Ismail turut memaklumkan jumlah yang dituntut itu turut merangkumi klausa penalti dan denda.
“Mengikut pernyataan tuntutan, setakat ini, pihak defandan telah membuat bayaran sebanyak RM24,930. Setiap satu perjanjian tersebut, kalau ada kemungkiran dan kelewatan, kita ada klausa penalti atau charge denda.
“Denda ini yang membuatkan nilai principal bertambah yang menjadikan jumlah tertunggak sebanyak RM808,260,” katanya.
Dalam pada itu, Uzair turut memaklumkan pihaknya telah membuat perbincangan dengan pihak WD Food Group Sdn Bhd namun, gagal mendapat kata sepakat.
“Kami telah berjumpa dengan pihak WD Food Group Sdn Bhd beberapa kali untuk mendapatkan penyelesaian. Namun, sampai ke hari ini tiada hasil.
“Ketika kami mengadakan beberapa perbincangan, nampak seperti neutral. Ada sedikit ketegangan tapi tidak terlalu teruk,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Uzair turut mengakui kes ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kewangan syarikat.
“Sudah tentu kami ada terkesan dengan kerugian. Tapi alhamdulillah kami dapat stabilkan keadaan untuk kembali bangkit. Mengikut jumlah yang kami tuntut, memang agak besar.
“Sudah tentu ada kesan kepada syarikat. Kami berjaya pulihkan perlahan-lahan,” katanya.
Lantaran itu, Uzair berharap syarikatnya akan mendapat keadilan sewajarnya daripada pihak mahkamah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti, Neelofa berdoa agar perkahwinan yang baru dibina bersama suami, Haris Ismail dirahmatiNya selalu, seterusnya dapat mempupuk keduanya agar menjadi pasangan yang baik.
Neelofa,32, turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan yang baik-baik.
“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” katanya.
Ditanya sama ada dia mahu berehat seketika sejurus diijab kabul, bekas hos program hiburan, MeleTOP ini menjelaskan dia masih ada beberapa komitmen yang perlu diselesaikan.
“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.
“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan.
“Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga,” katanya lagi.
Ditanya bagaimana caranya dalam membuat persiapan perkahwinan, Neelofa mengakui dia banyak bertanya selain membaca demi menambah ilmu.
“Betul, selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.
“Dalam masa sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa menambah dia dan Haris juga bakal meneruskan fokus bersama Markaz Tijaari selepas ini.
“Untuk kolaborasi projek, kami fokuskan Markaz Tijaari terlebih dahulu. Selain itu, untuk pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang untuk memperkenalkan produk- produk lain di bawah jenama tersebut, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Neelofa,32, selamat bergelar isteri kepada Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz pada Sabtu pagi. Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Foto: Instagram Neelofa (wedlocx.co)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seiring dengan perkembangan pesat industri perfileman, genre seram kekal sebagai pilihan utama penonton.
Melihat kepada permintaan tinggi ini, rumah produksi Golden Star Pictures Sdn. Bhd....