Yes! Bakal Tampil Di AJL35 Dengan Dayang Nurfaizah, Hujan Janjikan Kejutan – “Kalau Rindukan Versus, Anda Pasti Tak Mahu Terlepas.”

Share

Beberapa hari lagi, Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) bakal berlangsung setelah hampir sebulan tertangguh ekoran pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sebanyak 12 lagu bakal berentap untuk merebut gelaran juara bagi anugerah berprestij itu.

Terbaru, komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mendedah kumpulannya bakal membuat penampilan istimewa di AJL35 menerusi persembahan interlude bersama penyanyi tersohor tanah air, Dayang Nurfaizah

Menurut AG, dia bersama anggota kumpulannya yang lain telah pun merancang sesuatu yang istimewa bagi mengubati kerinduan peminat yang sudah lama ini melihat mereka kembali beraksi.

“Don’t forget to watch #AJL35, something special is arranged by yours truly for the interlude performance.

“If you enjoyed #versusmy, you won’t want to miss out on this. @hujanband @DayangNurfaizah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, bagi para peminat yang merindukan persembahan Hujan sewaktu menjuarai program Vursus anjuran TV9 pada 2012, mereka disarankan untuk tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan istimewa tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hujan atau lebih sinonim dengan panggilan Raingers meluahkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menyaksikan band kesayangan mereka itu kembali beraksi.

AJL35 yang dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni bakal bersiaran secara langsung pada Ahad ini bermula jam 9.00 malam di saluran TV3.

Malah, program yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini juga boleh ditonton secara HD di aplikasi TONTON atau saluran Youtube TV3.

Sumber: Twitter AG Coco & Instagram Dayang Nurfaizah, Noh Hujan

Published by
Aizam Manaf