
Pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie memaklumkan telah kembali bercerai bersama suaminya, Eilyas Azhar.
Zarina memaklumkan mengenai hal tersebut bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Ramai tanya betul ke anju n yas dah cerai… yes betul kami dah cerai tq,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.
Bagaimanapun, Zarina memaklumkan telah berpisah dengan Eilyas pada penghujung Januari lalu.
Namun, pasangan ini telah kembali rujuk pada 2 Mac lalu.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pada Usia 42 Tahun, Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Selamat Konvo & Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class)

Tahniah diucapkan kepada penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin yang menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine, baru-baru ini.
Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.
Idzu berkata, usia bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd ini turut menambah, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.
“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.
Terdahulu, pernah melancarkan single berjudul Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B terbitan Kharisma Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sepatutnya Kami Tunggu Lebih Lama,” – Britney Spears Alami Keguguran, Kesal Umum Kandungan Terlalu Awal

Kehidupannya penuh dengan cerita yang menarik perhatian ramai. Daripada seorang bintang pop terkenal sehinggalah kisah cinta yang penuh drama, ke perceraian dan kemudiannya kontroversi conservatorship, akhirnya Britney Spears berjaya mendapat hak untuk mengemudi kehidupannya sendiri.
Namun ada berita sedih dikongsikan oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Baby One More Time ini, dia mengalami keguguran anak hasil hubungan dengan tunangnya yang juga merupakan seorang model dan juga jurulatih kecergasan, Sam Asghari.
Dalam satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram. Pasangan ini meluahkan rasa kesal dan memohon privasi dalam masa yang sukar ini. “Dengan rasa kesedihan yang mendalam, kami mahu mengumumkan yang kami telah kehilangan bayi ajaib kami pada awal kandungan.
“Ini merupakan saat yang sangat dahsyat untuk mana-mana ibu bapa. Mungkin kami patut menunggu lebih lama untuk mengumumkan tentang kandungan tersebut, namun kami tersangat teruja untuk berkongsi berita baik tersebut,” ujar mereka dengan nada sedikit kesal kerana mengumumkan kandungan terlalu awal.
Walaupun begitu, pasangan ini menyatakan yang tragedi yang terjadi ini mengukuhkan lagi hubungan mereka.
“Cinta kami kepada satu sama lain merupakan kekuatan yang ada. Kami akan terus berusaha untuk membesarkan lagi keluarga ini. Kami juga sangat terharu dengan sokongan yang anda berikan selama ini. Tolong beri kami privasi untuk masa yang sukar ini,” ujar mereka dalam satu kenyataan yang ditulis bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’
Sekadar informasi, sebelum ini Britney mengumumkan yang dia sedang mengandung kira-kira sebulan lalu pada 12 April 2022. Peminat sangat teruja dengan pegumuman tersebut kerana ibu kepada dua cahaya mata ini sangat mahukan seorang lagi cahaya mata setelah dipaksa memakai alat pencegah kehamilan ketika berada dalam conservatorship yang dikawal ayahnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berani Recomend Lagi? Saya Sumbat Dalam Mulut Kamu,”- Darah Tinggi Ibu Naik Mengejut, Erma Fatima Beri Amaran Buat Kenalan MLM

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima akui terkejut selepas paras darah ibunya dikatakan naik secara mendadak baru-baru ini.
Menurut Emma, dia terpaksa bergegas membawa ibunya itu ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Katanya lagi, antara punca darah ibunya itu naik adalah disebabkan makanan tambahan yang dibeli tanpa usul periksa di Internet.
Lantaran itu, Emma berharap agar kisahnya itu dapat menjadi pengajaran buat anak-anak di luar sana untuk sentiasa memantau tingkah laku ibu bapa mereka.
“Pedoman buat anak-anak yang masih ada mak. Sila pantau mak-mak anda. Bukan budak-budak je terpengaruh dengan social media. Mak aku pun. Dia pandai order segala mak nenek supplement.
“Tak pasal-pasal bukan darah tinggi dia jer naik. Dengan aku sekali naik tengok bacaan blood presure dia,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh pelakon dram Mok Cun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Emma turut memberi amaran buat kenalan ibunya agar berhenti menyarankan apa sahaja jenis ubat-ubatan atau makanan tambahan selepas ini kepada ibunya.
“Kepada kawan-kawan mak saya yang buat MLM, tak payah nak jual ubat dekat mak aku lagi dah. Ini akibat dia minum entah apa jenis kopi. Sepanjang hidup ibu saya, dia tak pernah minum kopi atau teh.
“Tiba-tiba sekarang pula nak minum. Tiba-tiba jugalah dia ada darah tinggi. Tak pasal-pasal darah tinggi aku pun naik.
“Siapa berani nak recommend lagi supplement ni dekat mak saya, siap! Saya sumbat supplement tu dekat mulut kamu,” tegasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga ibu Erma akan baik-baik sahaja.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erma Fatima
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI