
Kecewa apabila muatnaik video menyanyi dan cubaan rapping mendapat reaksi negatif netizen. Bukan kerana suara, namun Atikah Suhaime dikecam dengan gangguan seksual.
Menyanyikan lagu Thank You, Next oleh Ariana Grande, pelakon dari Singapura ini meluahkan perasaan di entri terbaru mengatakan dia tiada niat menunjukkan apa-apa selain daripada cover lagu tersebut.
“So yesterday I posted a video of myself tryna rap before bed. I ain’t tryna show you anything, I just wanted to show you a dope cover from someone else. Yes I’m flat chested. So ??you.”
Memberi sokongan moral kepada tunang Awi Rafael ini, kata netizen, pedulikan kata-kata kotor yang datang dari lelaki tidak bermaruah itu.
Namun, masih ada kata-kata kurang elok dilemparkan kepadanya mengaitkan kembali kontroversi yang pernah melanda.
Diharap netizen dapat berfikir sebelum menulis komen, bukan apa, apa yang ditulis tercatat di bahu kiri atau kanan. Jadi berhati-hati ya.
Dan jangan sampai surat saman sampai depan rumah. Cheers
Foto – Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pun Tak Sangka,” – Rayme Zainal Optimis Menyanyi & Cipta Lagu, Anggap Rezeki Bila Disamakan Dengan Roslan Shah

“Saya tiada formal education dalam muzik, tapi saya suka menyanyi.” Demikian kata penyanyi, Rayme Zainal apabila ditanya mengenai sejauh mana kecintaannya untuk terus optimis menghasilkan lagu pelbagai genre demi kepuasan.
Walau tidak menafikan perjalanan seninya untuk mencipta nam bukan sesuatu yang mudah, namun itu bukan alasan yang boleh menyekat minatnya terhadap bidang nyanyian.
“Untuk hasilkan sesebuah lagu saya akan cipta melodi sendiri dan lirik berdasarkan apa kisah yang ingin saya ceritakan. Memang masih ada sisi yang boleh diperbaiki, namun saya bersyukur bila ada yang beri reaksi positif.
“Misalnya, lagu bahasa Inggeris pertama saya berjudul Close To You sudah didengar lebih 60,000 kali di Spotify selain pernah menduduki carta. Saya sendiri pun tak sangka.
“Apa pun, itulah yang buatkan saya lebih bersemangat untuk terus hasilkan lagu, termasuk lagu raya yang masih dalam perancangan,” katanya.
Close To You turut mendapat sentuhan muzik dari penerbit muda, Jason How.
Rayme juga muncul dengan single berbahasa Inggeris kedua, A Matter of Time pada 3 November tahun lalu dan pernah popular menerusi lagu berjudul Andai.
Terdahulu, Rayme sebelum ini menjadi sorotan kerana menyanyi di sebuah kafe dan pernah dikatakan mirip selebriti versatil, Roslan Shah.
Mengulas lanjut, dia tidak menafikan hingga ke hari ini, masih ada yang samakan wajahnya dengan bintang Singapura itu.
Bagaimanapun, dia tidak pernah berniat untuk menumpang rezeki selebriti berkenaan dan senang jika peminat mengenali atas bakatnya dalam nyanyian dan penciptaan lagu.
“Saya tak pernah ada niat untuk menumpang populariti Cik Lan (Roslan), tapi apabila orang selalu cakap muka kami sama, saya anggap itu rezeki terpercik la kot. Pada saya bila dikaitkan dengan orang ternama, itu satu bonus.
“Pernah ada yang tersilap nama nak panggil saya. Sejak dulu situasi itu (disamakan dengan Roslan Shah) berlaku. Apapun, mungkin boleh dikira sebagai pelanduk dua serupa.
“Dulu saya sampai tengok cermin banyak kali… betulkan wajah kami sama? Malah bila ambil gambar bersama, orang cakap kami ni adik-beradik ke? Masing-masing ada pendapat sendiri. Kalau ada kata seiras, saya terima sajalah.
“Malah ketika kami bertemu sebelum ini, dia (Roslan) kata wajah saya seperti dia muda-muda dulu. Waktu itu saya sedang membuat persembahan di atas pentas,” katanya yang bakal melancarkan album mini pertamanya pada tahun ini.
Watch on TikTok
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah… Hannah Delisha Padam Foto ‘Free Hair’ & Tak Tutup Aurat

Pelakon, Hannah Delisha dipercayai telah pun membuang fotonya yang tidak mengenakan tudung di aplikasi sosial, Instagram, baru-baru ini.
Bilangan fotonya di akaun IG Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne kini sudah pun berkurangan kepada lebih 200 foto sahaja setakat ini.
Perkara tersebut turut disahkan salah seorang pengguna Instagram selepas ditanya pengguna lain mengenai hal berkaitan.
“Hannah dah banyak delete gambar dia freehair. Dari post 1000+ now tinggal 200+. Give her time ujtuk delete semua gambar.
“Btw thank you for your advice,” tulis individu tersebut mengenai perkembangan terkini pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu.
Terdahulu, bintang berusia 24 tahun itu tampil berhijab September tahun lalu.
Jelasnya kepada media, dia sudah pasang niat untuk bertudung sejak Ramadan lalu dan turut meminta ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah.
Foto: Instagram Hannah Delisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emma Akma Syukur, Sumbangan Cecah RM20,000 – “Walau RM1 Sangat Hargai Kerana Ia Mampu Selamatkan Nyawa Saya.”

Pelakon, Emma Akma menyifatkan kanser dalam perut dan cyst pada kiri serta kanan ovarinya merupakan satu ujian besar.
Apatah lagi, bintang berusia 52 ini pernah mendedahkan, dia memerlukan sekitar RM50,000 bagi menjalani pembedahan.
Bagaimanapun menurut pemilik nama lengkap Noorakma Yunus ini, dia bersyukur apabila jumlah sumbangan yang diperlukannya kini sudah mencecah lebih RM20,000.
Bantuan yang disalurkan menerusi akaun banknya itu semakin meningkat sejurus kisah penderitaannya mendapat liputan media, baru-baru ini. Malah, beberapa rakan selebriti dan produser turut sama tampil memberi bantuan.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi menderma sehingga berjaya dapat RM20,000 dalam tempoh empat hari. Walau RM1 pun saya sangat-sangat hargai kerana ia mampu selamatkan nyawa saya.
“Ia sekali gus membuatkan saya lebih bersemangat untuk melawan kesakitan ini. Alhamdulillah, saya juga dapat panggilan daripada Institut Kanser Negara (IKN) untuk menjalani pemeriksaan pada Khamis ini.
“Dengan jumlah sumbangan yang ada sekarang, saya takkan menunggu lama dan terus melakukan pemeriksaan itu. Jika IKN boleh lakukan pembedahan itu, lagi saya bersyukur dan harap dapat dilakukan segera,” katanya.
Pelakon yang pernah muncul menerusi siri Gerak Khas ini juga mendedahkan, dia sedang kuatkan semangat kerana ketumbuhan dalam perutnya itu boleh pecah pada bila-bila masa sahaja.
“Sekarang saya cuma mahu fokus untuk segerakan pembedahan itu dengan wang sumbangan yang ada. Ini kerana kalau ditangguh, ketumbuhan itu boleh pecah bila-bila masa dan membawa maut.
“Kalau misalnya tiba-tiba saya pergi, suami dan keluarga saya boleh gunakannya untuk urusan bayaran hutang serta pengebumian. Saya mohon maaf dan minta halalkan sumbangan kalian semua itu.
“Saya tak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik semua yang sudah menghulurkan bantuan. Saya cuma mahu doa kamu semua agar saya diselamatkan serta urusan pembedahan dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Emma ditemui di kediamannya serentak dengan kunjungan dari wakil kumpulan artis veteran juga, Tukiman Radion dan Norlydiawati Shahibullah yang turut tampil menyumbangkan cek berjumlah RM1,050.
Terdahulu, Emma tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan sebesar saiz bola sepak serta cyst pada kiri dan kanan ovarinya.
Dia mengakui buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu perlukan kos sebanyak RM50,000.
Sementara itu, Emma masih berharap dapat mengumpul kos pembedahan yang diperlukan dan sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI