Pelakon jelita, Nora Danish baru sahaja mengadakan majlis bagi menyambut hari kelahiran anak sulungnya, Putera Rayqal yang kini sudah pun memasuki usia 12 tahun.

Mendedikasikan ucapan istimewa, Nora turut dilihat memuat naik beberapa foto sepanjang majlis ringkas tersebut berlangsung menerusi entri terbaru di laman Instagram.

Menurut Nora, Rayqal merupakan seorang anak yang memiliki jiwa yang sangat bersih dan sering memberi kebaikkan terhadap orang sekelilingnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“My forever baby ! Dont worry Qal, even if you turn 30 also u still forever be my baby. You are not allowed to have instagram even at this age yea, but mommy still writing this so that it is forever here & u can read it at anytime.

“Happy 12th Birthday my son, You have been the truest joy in my life every day since 7th January 2009. Your sweet soul spreading goodness and warming everything and everyone around u.
Thank you for being one of the best
teachers of my life for making me better,” tulisnya.

Ads

Bersama foto berkenaan, kelibat bekas suami kepada Nora, Rizal Ashram turut kelihatan sama-sama meraikan majlis serba ringkas namum penuh bermakna itu.

Dalam pada itu, Nora turut menitipkan doa semoga anaknya itu sentiasa menjadi insan yang terbaik dan saling menjaga adik-baradiknya.

Ads

“Semoga menjadi anak yang soleh anak mommy, Abang yang sentiasa menjaga adik adik selamanya. I love you sweetheart. I am proud to be ur mom.
Happy 12th Birthday!,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat ucapan tersebut selain turut memuji hubungan akrab Nora bersama anaknya itu.

Ads

“You Are Not Allowed To Have Instagram Even At This Age….” – Genap 12 Tahun, Ucapan Nora Danish Buat Anak Sulung Bikin Ramai Tersentuh “You Are Not Allowed To Have Instagram Even At This Age….” – Genap 12 Tahun, Ucapan Nora Danish Buat Anak Sulung Bikin Ramai Tersentuh “You Are Not Allowed To Have Instagram Even At This Age….” – Genap 12 Tahun, Ucapan Nora Danish Buat Anak Sulung Bikin Ramai Tersentuh

Terdahulu, Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nora bersama bekas suami, Rizal atau lebih mesra disapa Jejai.

Kini, Nora bahagia disamping suami, Nedim Nazri dan pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim atau sinonim dengan panggilan manjanya Ney Ney.

Sumber: Instagram Nora Danish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI