Pelakon, Elfira Loy muat naik satu entri penghargaan buat adiknya, Ezlisa Loy kerana turut bersusah-payah menjayakan hari bahagianya itu.
Katanya, dia amat bersyukur kerana Ezlisa menjalankan tanggungjawabnya dengan baik semasa majlis resepsinya, baru-baru ini.
“Behind every happy brides there’s maid of honor that making sure you’re the queen of the day ,
“Look at my sister holding my veil so that it looks nice in the picture as i always want it to be great in every photos , she knows me well.
“You’re the best Maid of Honor kakcik @ezlisaaloy , you didn’t stress me out , you always check on me and making sure all is good so that i have no Brideziella mood. and you did it,” tulisnya.
Sebelum ini, Elfira sah bergelar isteri kepada Faris Khairol Anuar dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu.
Difahamkan, Elfira bakal mengadakan 5 resepsi untuk hari bahagianya itu.
Foto/Instagram: Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Nasihat, Dia Bukan Budak Nak Kena Pantau,” – Lagu Raya Baru Aliff Syukri, Shahida Gesa Netizen Henti Kaitkan Dirinya & Anak-Anak
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menggesa semua pihak untuk berhenti mengaitkan dirinya dan anak-anak dengan sebuah lagu yang dikhabarkan bakal dilancarkan dalam masa terdekad.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namun, hantaran di Instagram Stories itu dikatakan berkait rapat dengan teaser lagu raya terbaharu yang dikongsikan oleh suaminya malam tadi.
Menurut Shahida, jangan disebabkan perbuatan individu lain, dia dan anak-anak turut sama menerima kesannya.
“Tak perlu kot nak tag-tag saya dengan benda yang tiada kaitan dengan saya. Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu.
“Orang lain makan nangka, orang lain kena getah,” tulisnya.
Jelas ibu kepada lima orang cahaya mata ini lagi, dia sudah pun menjalankan tanggungjawabnya untuk memberikan nasihat namun, segalanya tetap berbalik kepada keputusan individu itu sendiri.
“Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau. Dia dah besar dan boleh fikir baik dan buruk.
“Jangan ganggu ketenteraman saya dan anak-anak,” ujarnya lagi.
Semalam, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Aliff telah berkongsi sebuah video teaser bagi muzik video lagu raya terbaharunya.
Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, Aliff bersama penari-penari latar dilihat sedang menjalani proses penggambaran.
Kesemua mereka menari sambil mengenakan baju serta seluar ‘tight’, bersongkok dan sampin songket.
Video tersebut nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen.
Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Seri Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Mentua Datuk Adi Putra Meninggal Dunia, Netizen & Rakan Selebriti Kongsi Rasa Sedih
Pelakon popular, Datuk Adi Putra memaklumkan bapa kepada isterinya, Datin Aida Yusof iaitu Yusof Deraman telah meninggal dunia pada Selasa.
Perkhabaran duka tersebut dikongsikan sendiri Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menurut Adi, Allahyarham bapa mentuanya itu telah pun menghembuskan nafas yang terakhir sekitar jam 2.30 petang semalam.
“Assalamualaikum. Ayahanda kepada isteri saya, Almarhum Yusof Deraman telah pulang ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 20 September pukul 2.30 petang,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini turut memohon jasa baik semua agar mendoakan Allahyarham bapa mertuanya itu ditempatkan di kalangan orang beriman
“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dihimpunkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Adi tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian arwah bapa mertuanya itu.
Meninjau ke ruangan komen, netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Adi sekeluarga.
“Al-Fatihah dibaca. Salam takziah daripada Pablo sekeluarga,” balas pelakon, Pablo Amirul.
“Salam takziah buat abang sekeluarga,” titip pelakon, Nas-T.
“Salam takziah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen pelakon, Adam Shahz
“Salam takziah buat Adi dan isteri. Semoga tabah melalui ujian ini,” komen seorang netizen.
Sekadar informasi, Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 April 2006 sebelum berpisah pada 2017.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk kembali bersama dan bernikah semula pada Januari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Adi Putra & Aida Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“27 Julai 2022 Madammu Akan Buat Transfer!,” – Eriyca Baiduri ‘Update’ Proses Rawatan IVF
Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra dengan panggilan Madammu berkongsi perkembangan terkini proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam ikhtiar mendapatkan cahaya mata.
Menerusi TikTok rasmi Noir, Madammu mendedahkan semuanya berjalan dengan baik.
“Hari ini 19 Mei 2022, Madammu dan TP ada appointment dengan doktor regarding IVF (PGT-A) result. Alhamdulillah keputusan yang baik.
“Dari 17 telur, 12 telur survive dan blastocyst dihantar untuk proses PGT-A (ujian embrio yang dihasilkan melalui proses IVF) dan balance dibekukan.
“Dari 8 blastocyst, 6 survive! 4 baby boy dan 2 baby girl! Tetapi 2 boy tidak normal,” tulisnya.
Jelasnya lagi, proses seterusnya dijangka akan dilakukan pada Julai depan.
“27 Julai 2022 Madammu akan buat transfer! Doakan Madammu supaya semua berjslan dengan lancar!
“Jadi balance 4! 2 boys 2 girls! Alhamdulillah nkfmal dengan gred yang bagus (46),” kongsinya lagi.
Perkongsian berkenaan pantas mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata mendoakan semoga urusan dipermudahkan.
Malah tak kurang yang turut menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan usahawan ini.
Terdahulu, namanya menjadi tumpuan lebih-lebih lagi apabila syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd yang diusahakan menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI