Berkongsi sekeping foto isteri, Ardell Aryana yang sedang mendapatkan rawatan di hospital, Nadzmi Adhwa menitipkan kata-kata semangat di Insta Story.
Pelakom berkenaan mendoakan agar suri hatinya terus kuat dan bersemangat.
Jelasnya, walau apa berlaku, dia akan tetap berada di sisi. Walau bagaimanapun tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung sakit yang dialami Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah itu.
“You are the strongest person I know. Always gonna be here with you sayang,” tulisnya di Insta Story.
Manakala Ardell di laman Instagram miliknya memohon dipinjamkan kata-kata positif dan semangat.
“Assalamualaikum jom share sama-sama.
“Fikiran Manusia , Dia menghancurkan masa kini sambil mengkhawatirkan masa depan . Tetapi menagis di masa depan dengan mengingat masa lalunya.
IKLAN
“Your value doesn’t depend on your looks, your social status or your past. It depends on how the Almighty sees you. Those with the worst past have shown it’s possible to create the best future. So don’t label people.
“Give everyone a chance, give them the benefit of the doubt. -Mufti Ismail Menk -,”kongsinya.
Berkongsi detik mencemaskan sebelum kelahiran cahaya mata kedua, isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jasreel Abdullah mendedahkan kelahiran anaknya adalah awal tiga minggu seperti tarikh jangkaan.
Menurutnya, dia dan keluarga sedang menikmati sarapan di sebuah kedai mamak, namun keadaan bertukar panik apabila air ketuban mulai pecah.
“Okay, ramai yg request suruh share experience bersalin my 2nd hero, Muhammad Alkaf Zayne @riyadh.alkaf.
“Due date 23rd March tapi 1st March dah keluar tak sangka awal 3 weeks.
“Cerita dia mcm ni, pagi tu nak pergi breakfast kat kedai mamak dgn family. Dah siap order roti canai dgn susu manis & teh tarik ais.
“Makanan belum sampai dah leaking kat situ, kedai mamak dah lah tgh full house sbb it’s Sunday. Tapi kita relax tak nak bgtahu sbb tak nak family panic.
“Bila dah leaking teruk, nak tak nak kena lah bgtahu jugak. Sempat gak lah jugak minum teh tarik ais sebelum rush ke hospital. Hehehe.
“Kita tak sangka sbb the 2nd one takde tanda2 pun.. Bila sampai dah 1.5cm. Masa tu pkl 11 lebih pagi,” kongsinya.
Dalam pada itu, Nureffy memaklumkan dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda kesakitan sebelum bersalin.
“Masa kat labour langsung takde rasa contraction. Relax sgt boleh makan chocolate M&M lagi tapi ada org tu pulak yg pitam. Tak perlu bgtahu sapa lah ye. Baby Alkaf keluar pkl 6.41pm, 3.03kg.
“Alhamdulillah saya & baby dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yg doa kita & baby.
“Tunggu umur Baby Alkaf dah sebulan kita share gambar full ok? Happy Reading,” tulisnya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Muhammad Alkaf Zayne yang dilahirkan 1 Mac lalu.
Aktres popular, Fasha Sandha tampil mengulas susulan sepotong video di Instagram yang memaparkan kemesraannya bersama suami yang juga pelakon Aidil Aziz di dalam tab mandi sehingga mengundang reaksi pelbagai warganet.
Jelas Fasha, dia menghargai setiap reaksi yang diberikan terhadap hantaran berkenaan dan memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang terhadap apa yang dilakukannya bersama suami.
“Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli.
“Sava hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya,” ulasnya.
Pelakon drama bersiri Scammer ini menulis penjelasan tersebut menerusi muat naik terkini di Instagram yang turut memaparkan beberapa komen yang diterima.
“Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur. Ya, perkahwinan ini adalah piniaman daripada Yang Esa. Kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini, cuma kita mendoakan agar pinjaman berkekalan ke akhir hayat.
“Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian. I love you. Lovers or haters, i still love you. Orang tegur, kecam dan puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang.
“Dalam dunia ni perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, Insyaallah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, video berdurasi 10 saat berkenan nyata mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video mesra bersama suaminya.
Ini kerana, ia mempamerkan aksi mesra pasangan suami isteri berkenaan. Malah, Aidil dilihat tidak berbaju sementara Fasha pula dipercayai mengenakan singlet berwarna hitam.
Kelihatan pelakon berusia 39 tahun itu turut dipeluk suaminya dan saling ketawa mesra.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah yang akan terjadi pada 16 September ini seperti mana yang dikongsikan menerusi kapsyen pada hantaran yang berkaitan.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka di kalangan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya bangga pakai nama sendiri!” Demikian kata usahawan, Sharmila Johan atau Kak Ell yang terkenal dengan tagline ‘Memang Cantik’ ini apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.
Menurut anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan berusia 41 tahun ini, dia menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini.
Malah, Kak Ell juga mengakui dia tidak ‘terkejar-kejar’ gelaran Datuk, sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam bisnes yang diceburi.
Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.
“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.
“Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” katanya.
Malah, usahawanita ini menjelaskan yang dia lebih suka memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa atas rezeki yang diperolehi.
“Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.
“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya lagi.
Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4, Kak Ell turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.
“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan.
“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.
“Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah,” katanya yang mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.
Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night di Doubletree by Hilton, Shah Alam, pada Sabtu.
Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah produk ke-48 mereka iaitu Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih.
Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan penulis skrip, Erma Fatima menyifatkan drama Lelaki Itu mempunyai mesej yang lebih besar dan bukan hanya sekadar kisah cinta klise yang sering dimainkan di kaca tv.